Isnin, 30 Januari 2012

terima kasih sahabat..

bismillah..segala puji hanya milik Dia,yang punya segalanya..



terima kasih sahabat..sangat2..
speechless..sungguh2..hati benar2 tersentuh..hingga air mata terus-terusan mengalir tnpa henti... hatta hingga saat ini,sedang mencoretkan rasa hati yang sedang membuak dalam diri..
lama x ziarah blog dia..bila dah ziarah..terbaca satu petikan..




"16 September lalu sahabat baik ana dah pun pergi melanjutkan pelajaran nun jauh disana..Universiti Al Al-Bayt, Jordan..Kak Long, Siti tumpang bangga dengan Kak Long, diharapkan K Long terus berjuang berhabisan sebelum pulang berkhidmat untuk agama, nusa dan bangsa kita khususnya kat GANU KITE ni..
InsyaAllah..
Teringin jugak Siti nak pergi sana=)
Kira tumpang sekaki rasa gembira K Long tu..
Jom jengah blog BLOG K LONG..
Oklah , semoga K Long berjaya, dan sentiasa istiqamah dalam mencari ilmuNya, InsyaAllah..

Dan Siti pulak meneruskan niat dan cita2 Siti jugak, nak berjaya macam orang lain..
Untuk tu banyak lagi yang perlu Siti belajar..
Teringat pesanan Kak Siti Rohana " Sedangkan orang yang genius pun sentiasa berusaha menambah ilmu dia apatah lagi kita ni yang tak ada apa2 ni..laagilah kena banyak berusaha!
Allah, jangan sesekali lupa..
Ingat Allah ketika senang, InsyaAllah DIA akan ingat hambaNya yang kesusahan..
InsyaAllah.."



Allahumma ya Allah..mungkin orang lain xkan mampu merasa apa y sy rasa..tapi entahlah,bila fikirkan sahabat y seorang ini,tiba2 rasa sedih dtg bertapa..
Allahumma ya Rahman..
biar dia sesusah mana,tapi doanya xputus buat hamba..tapi sahabatnya yang seorang ini,sibuk dengan dunia,tanpa mengingati saudaranya di sana..Allhu Allah,sayangilah dia sekeluarga..
TINTA MUJAHIDAH ALLAH..TERIMA KASIH SGT2.. syg kamu selamanya..

kata2 seorang sahabat:
"Bila kau berduka cita megacalah pada lubuk hati,
disana kau bakal menemui bahwa,
engkau sedang menangisi sesuatu yang pernah engkau syukuri...

Dibalik tangis itu ada kebahagiaan..
Dibalik tangis itu ada senyuman..
Dibalik tangis itu ada anugerah...

Alangkah bahagianya hati yang duka,
yang bisa menyanyikan lagu kebahagiaan dengan hati yang gembira..."

Hati kami milik-Mu,
Rasa kami milik-Mu,
Ketenangan kami milik-Mu,
Kebahagiaan kami juga milik-Mu,
maka kami serahkan segala-galanya pada-Mu..
Yakin kepada Qada dan Qadar kami yg telah Engkau aturkan utk kami tanpa ragu..
Doa kami, usaha kami, kami lakukan sebaik mungkin lalu kami serahkannya kepada-Mu, Sang Pemilik Kehidupan kami~"

~Lailahaillallah~
Tiada tempat yg terbaik utk kami melabuhkan rasa melainkan pada-Mu kerana Engkaulah Tuhan kami, yg menjadikan rasa didalam hati kami, yg mengawal rasa didalam jiwa kami~

~Muhammadurrasulullah~
Tiada Cinta yg lebih agung melainkan cintamu kepada kami, umatmu..
Kisahmu kami ikuti sebagai petunjuk jalan menuju redha Pencipta kami..
Akhlakmu penghibur hati kami yg merindukan keadilan dan ketenangan dunia..
Rindu kami utk menatap wajahmu wahai kekasih Allah yg dikasihi dan disayangi~




"Ketika wajah lelah memikirkan dunia, maka BERWUDHULAH,
Ketika tangan letih menggapai cita2, maka BERTAKBIRLAH,
Ketika pundak tak kuasa memikul amanah, maka BERSUJUDLAH.
Ikhlaskan semua dan mendekatlah kepada ALLAH,

agar TUNDUK di saat yg lain angkuh,
agar TEGUH di saat yg lain runtuh,
agar TEGAR saat yg lain rapuh
dan SABAR di saat yg lain mengeluh~"


"Dari air kita belajar ketenangan..
Dari batu kita belajar ketegaran..
Dari lebah kita belajar memberikan banyak manfaat bagi sesama..
Dari kupu-kupu kita belajar merubah diri..
Dari padi kita belajar rendah hati'..
Dari ALLAH kita belajar tentang kasih sayang yang sempurna~"


siti~
kak long doakan moga Allah permudahkan semua usaha siti..jgn terus-terusan bersedih dgn apa y Allah takdirkan,sbb..? Dia y paling tahu apa y terbaik utk kita..Dia xkan bagi utk kita,melainkkan apa y terbaik pd pandanganNya..ingt tu..terima kasih doakan kak long..'jangan lupa Allah'.. kak long akn sentiasa igt tu..kak long akan usaha sedaya yang termampu di sini..mohon doa dari siti jgk..moga setiap amalan yang bakal kita lakukan,semuanya dalam bimbingan Dia,Allah Al-Alim..kita sahabat selamanya..
~LOVE FOR ALLAH~

subhanallah..kerdilnya hamba..

bismillah..segala puji hanya milik Dia..Allahumma ya Allah..Allahumma ya Rahman..

~maqam para syuhada' yang syahid di mu'tah..

~gua ashabul kahfi, seperti y tercatat dlm surah al-kahfi: hamba2 Allah yang lari dri raja y zalim,kemudian tertidur dlm gua bersama anjing mereka selama 309 thn..subhanallah..

~ma'rakah mu'tah:kawasan perang mu'tah

~petra: subhanallah, kebesaran Allah..hingga lidah kelu,xmampu lagi berkata apa-apa..

~laut mati: antara tempat y terendah di muka bumi,zaman kaum nabi lut yang diterbalikkan bumi kerana homoseks..betapa masinnya air laut ni,hingga terdapat ketulan2 garam di tepi pantai.. subhanallah,kuasa Allah..

wadi musa:batu yang diketuk oleh nabi musa,terpacul darinya dua belas mata air utk dua belas kabilah di sini..hingga sekarang,mata airnya masih mnjadi sumber utama penduduk sekitar..merupakan air kedua terbersih slps air zamzam..Allahumma Ya Allah..

~madaba:tempat suci bg org kristian..terdapat gereja y awal dibina..

~qal'qh solahuddin: kubu solahuddin al-ayubi,bangunannya kukuh hingga sekarang,tempat pertahanan dr musuh


~laut aqabah: seberang lautnya adalah palestin yang telah dirampas oleh israel

~petra:subhanallah..





subhanallah..subhanallah..subhanallah..
'terasa kerdilnya hamba ini..
terasa kecilnya hamba ini..
terpesona dengan indah nikmat dunia,hambaMu yang lalai ini xterasa,betapa hinanya diri..dek kerana hati yang kosong dari cahayaMu..
Allahumma ya Allah..
hampir menitis air mata saat melihat megahnya ciptaanMu..
hampir xpercaya itu rupanya negeri para anbiya'Mu..'



saat merasa diri xlagi mampu menangis ketika sujud padaNya,
saat merasa diri xlagi mampu bersedih melihat keburukan dunia,
saat merasa diri xlagi mampu meraih cintaNya,
berjalanlah di atas muka buminya yang luas,y penuh dengan hikmah,y padanya banyak kesan-kesan umat2 terdahulu,
ambil ibrah..ambil pengajaran..
biar hati xlagi merasa sombong berdiri atas bumi ciptaanNya
biar hati sentiasa bersyukur dengan seikhlasnya
biar hati mampu merasa indahnya kebesaran ciptaan Dia..



Allahumma ya Allah..
'moga hati-hati yang merindui kasih sayangMu ini Kau bimbing sehalusnya
sehalus ciptaan yang Kau tunjukkan pada kami,hambaMu yang hina
moga dengan itu hati-hati kami mampu merasa
moga dengan itu mata hati kami tidak lagi buta..
Allahumma ya Rahman..
bimbing hati-hati kami,biar menjadi jundi yang kau damba..
insyaAllahu aminin...

Isnin, 23 Januari 2012

dia..? dah kot.. =(

bismillah..segala puji milik Allah..segala keagungan dan kebesaran hanya milik Dia..




kisah seseorang..
jgn tanya ni kisah siapa.. sbb ni kisah dia.. dia dah bagi izin utk kongsi pn,alhamdulillah dah..moga menjadi pengajaran buat semua,termasuk sy..Allahumma ya Allah,bimbing hati kami..





"dia dah jumpa pengganti kot..dah ada orang lain dh..tu laa..dulu ckp kt dia jgn tggu sy,sy nk sambung belajar..klu lps sy hbis bljr,kita ada jodoh,pasti Allah akn temukan kita kembali..mak saya ckp, klu dah jodoh,lari sejauh mana pn akan jumpa balik,terpisah ke hujung benua sekalipun,mesti akan bersatu jgk,wlupun dlm keadaan yang xtersangka.tapi klu dah xde jodoh,setia mcm mna pn mesti xkan kekal selamanya..saya xnak hubungan yang xdirestui Allah.biar Allah y tentukan..sbb Dia yang paling tau,kn.."


hmm..amik...kan dah kena btg hidung sndiri kn..




tapi xpe,jodoh tu kan semua aturan Allah,biasalah..manusia kn.. bila dah bertemu mata,pasti tertaut hati..ye lah..time tu mmg la.." sbb Allah dah bkak pintu hati sy utk awaklah,sbb awak itulah..sbb awak inilah.." mmg mcm2 laa.. tapi betul la tu kot..bkn nk sangkal ke ape..moga semua kata2 yang terlahir tu betul2 ikhlas dari hati..tapi ape pun,semuanya kena kembali kpd aturan Allah..semuanya kena kembali pd jalan Dia y sebenar..no until akad, kn..




"byk dugaannya.. hati seorang wanita,siapa yang xtersentuh bila diusik.. siapa yang xterasa bila diusha-usha.." so,sang lelaki,jgn pernah main2 dengan hati seorang wanita ek..hati wanita tu lembut,mudah tersentuh,mudah terasa..kdg2 dia xtunjuk tp dlm hati,hmm..



balik pd tajuk asal..
"bila fkir balik, mnyesal tolak dia tp smua ad hikmahnya..malah itu adlh lebih baik sebenarnya.."
sahabat fillah,inginkan jodoh kita itu orang yang baik,kita dulu yang perlu jadi baik..inginkan jodoh kita itu seorang yang xlayan benda2 yang xbaik,kita dulu yang patut hindarinya..tapi ingat satu perkara,jgn pernah berubah utk jodoh kita,berubahlah menjd orang yang lebih baik kerana Allah.. Dia yang patut menjadi cinta sejati dalam hati kita.teringat satu kisah,seorang sahabat nabi telah melalui sebuah rumah dan bertanya kepada penghuninya(seorang lelaki),kenapa dia membuka tingkap rumahnya itu..si lelaki menjawab 'untuk membenarkan udara dari luar masuk ke dalam rumah'.. sahabat nabi itu berkata 'alangkah indahnya jika engkau berniat utk membuka tingkap itu kerana Allah,membenarkan udaranya yang segar masuk ke dalam rumah,yang dgn itu kau dpt bernafas dengan udaranya yang Dia ciptakan..biar semua yang kau buat bersandarkan dan berniat kerana Allah..pasti Dia memberikanmu dua pahala,satu utk dunia-udara segar yang dengannya kau merasa selesa dan satu lagi utk akhirat-niatmu kerana Dia,sang Maha Pencipta..



dia dah jumpa pengganti? sabar.. itu yang terbaik..klu xsabar pun sape yang rugi..? diri sendiri,kn..? Allah dah tentukan yang terbaik utk kita..sebelum kita lahir ke dunia lagi,Allah dah tentukan sape yang bakal jd jodoh kita nanti..cuma terkadang,kita yang tersalah berhenti di persimpangan.. kita yang tersalah lokasi..melalui peringkat yang berstatus 'remaja' buat kita terkadang tersalah cara.tapi xpe,Allah dah ajar hambaNya..klu dah terjauh dari jalanNya, pulanglah kembali pada jalanNya..Allah sedia ampunkan hambaNya..sbb..? Allah tu penyayang sgt2..tapi dengan syarat lah..jgn buat lagi,berazam sgguh2 utk tgglkan bnda yang Dia larang tu..sungguh,Dia syg setiap hambanya.. sbb tu lah jgk,Dia pilih hambanya yang layak utk diuji.betapa pengasihnya Dia,hingga xkan dipilihnya seseorang anak adam itu utk diuji,melainkan sesuai dengan upayanya..so,sabar.. sikit je lagi..mesti Allah akan temukan jodoh kita tu nanti..mungkin awalnya kita pn xmmpu nk terima,tapi percayalah..jodoh kita tu,itulah sebenarnya yang terbaik utk kita..suatu waktu nanti,kita akan tau kenapa Allah jadikan dia jodoh kita..so,jgn bimbang ye..




"rasa menyesal sgt..rasanya dialah orang yang terbaik utk saya..xde org lain lg dah.. bila lah Allah nk takdirkan kami jumpa lagi,harap2 dialah jodoh saya dunia akhirat..klu dia bkn jodoh sy pun,usahakanlah ya Allah,biar dia tetap jd jodoh sy.."(huhh..blh la sgt..)
no no no.. klu si dia tu bkn jodoh kita,terimalah.. itu maknanya dia mmg bkn yang terbaik utk kita..please..percayalah..aturan Allah yang terbaik.. Dia yang paling tau.. please..yakinlah dengan Allah..Dia yang menciptakan kita..mcm kita,bila kita buat kuih,kita yang paling tahu apa rasanya,apa resepinya yang terbaik.apa perbaikan perlu ditambah padanya..orang lain xkan tahu sebagaimana tahunya kita tntg kuih tu..tu lah ibaratnya..so,yakinlah dengan Dia,Dia yang ciptakan kita..Dia pun sygkan kita..Dia xkan bg utk kita,melainkan yang terbaik pada pandanganNya..



"Allahumma ya Allah..sedih.."
no..! jgn pernah sedih ukhtiku syg.. jgn pernah sedih kerana dunia..jgn pernah sedih kerana seorang adam yang belum tentu lagi dia itu jodoh kita yang sebenarnya.. selagi belum sampai masanya,jgn pernah terima..selagi belum sampai masanya,sedarlah..dia bkn jodoh kita..melainkan..
dia datang ke rumah kita ngn family dia,lamar,n terus kwin dlm masa terdekat..terima seadanya dengan penuh tawakkal di hati..hidup berumahtangga,apa tujuannya? utk dapatkan redha Allah,kn..?so,jgn pernah sedih jika hubungan yang ada hanya menambah murka Allah..tapi sedihlah jika penerimaan kita utk si dia itu membuat kita menjauh dari Allah..sedihlah andai si dia buat kita semakin lalai dari sang Maha Pencipta..sedihlah dengan perkara mungkar yang Allah larang masih kita lakukan sebahagianya.. Allahumma ya Allah.. moga Kau lindungi kami semua..thabitkan hati-hati kami pada jalanMu...moga kami xtergoda dengan indahnya hiasan dunia fana..




p/s: ukhtiku syg..jgn sedih,jgn putus asa..sabarlah..tabahlah..tggu sedikit masa lagi..pasti Allah tunjukkkan jalan keluar utkkmu..moga bahagia menanti kita semua dengan berkat dan rahmatNya..berpnjangan hingga ke syurga..

Khamis, 19 Januari 2012

bismillah..segala puji hanya milik Allah..Allahumma solli A'la muhammad,wa a'la ali sayyidina muhammad..




‎'manusia bkn makhluk yg konkrit,usah hairan jika seseorg yg kamu knl selama ini sorg yg tabah tiba2 mnangis d hdpn kamu'

:: menangislah bile perlu,air mata bkn tanda kelemahan ::





kata2 kt atas tu,ada seorang sahabat yang postkan.. simple je,tapi cukup menyentuh rasa..
manusia mmg bkn konkrit yang hatinya keras sepanjang masa..manusia bkn makhluk konkrit yang jiwanya tabah walaupun seribu badai yang melanda.. kadang2,memang kita tgk orang y kita sayangi/sahabat/sape2 je lah,tabah je time ujian melanda..kita xtau apa yang dirasa..orang ckp,berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..



tersentuh melihat seorang sahabat..

hatinya cukup teguh walau matanya xlagi bersinar..
jiwanya tetap redha walau jasad xlagi tegar..




moga Allah bimbing hati kita semua..
menangislah bila rasa hati kita xmampu lagi menahan rasa..
menangislah bila rasa hati kita dah xmampu lagi terima semuanya..
tapi ingatlah satu perkara..
tangisan di hadapan Allah,itu tangisan yang terbaik..
tangisan di kala sujud menghadapNya,itu yang terbaik..
menangis bukan tandanya kita seorang yang lemah..
menangis bukan tandanya kita sedang menyerah kalah..
bukan juga tanda kita dah kalah..
lumrahnya kita sebagai manusia,yang perlukan air mata
ketika ujian dari Dia terus-terusan melanda
memang manusia perlukan air mata
mungkin ada ketikanya iman yang ada makin rapuh
lantaran hati yang semakin menjauh
dari iman yang kukuh

Jumaat, 13 Januari 2012

ma.abah,adik2,rindu kamoo..!!

bismillah..segala puji hanya milik Allah..segala keagungan dan kebesaran hanya utk Dia.. Allahumma ya Allah..wahai Tuhan y membolak balikkan hati,teguhkan hati kami pd jalanMu..bimbing hatkami dlm redhaMu..




ingin skali berbicara tntg seorang insan,bernama ibu..
subhanallah..insan yang bernama ibu selalu ada disamping kita setiap waktu.. di kala susah,senang..semua y diusahakan adlh y terbaik utk ank2nya.. subhanallah..tggi kasih seorg ibu terhadap anaknya..

jauh di perantauan,bersama-sama rakan seperjuangan..semuanya terlalu hebat..hingga terasa kecil dan kerdil diri ini,berbanding mereka..

time result keluar.. rasa diri semakin kecil..kecil,jauh berbanding orang lain... rasa seperti tak mampu..kata akak2 senior"ok dh tu,biasalah awal2 ni,fasal dua nnti usaha lagi..itu y termampu,kn.. jgn sedih2" itu kata mereka..

bersama rakan2 seperjuangan,saling berkongsi cerita.. semua hebat2.. oohh,jauhnya diriku ketinggalan..rasa lemah,putus asa.. kenapa dgn diri,hingga selemah ini?tapi kawan2 bg semangat lagi.."ok lah tu,jgn sedih,nnti usaha lagi" tapi nasihat kwn2 xmampu buat diri tenang..resahnya msih ada,sedihnya msih tersisa..

zikir~ tapi xmampu mendatangkan hati,lantaran jiwa y semakin 'tak suci'.. Allahumma Ya Allah.. nk solat..tp baru je lps asar..xbaik solat sunat lps asar.. cuba call ma(ibu).. diangkat.. sepi..sebak,hingga xmampu menjawab..control diri,xkan nk nangis time call ma kan..nnti ma sedih,fikirkan mslh kita..luah kt ma tnpa suara y sedih,rsanya dh lebih dr ckup.. dpt dgr suara penyayang ma,hati dh lbh dr terubat..

Allahumma ya Allah.. satu demi satu diluah,tanpa nada sedih..tapi rasanya ibu ttp perasan,apa pun dia pasti lebih kenal anaknya,kn..tp xpe,nada suara dicontrol lagi..biar bunyinya xlemah,biar hati si ibu xgoyah.. bila semua dah diluah,teka ma ckp apa...? tersentuh..y teramat.. sentuhan seorang ibu..ma cakap.." Jgn putus asa,jgn sedih.klu sedih,pegi ambik air smbahyang,solat,mengaji..tu kan cara utk tenangkan hati bila rasa teruji.jgn rasa hilang semangat sikit pn,ambik pengajaran,jadikan semua tu cabaran utk kita lbih ke hadapan..jgn pernah mengalah,kerana kita sedang bermujahadah.jgn tggal solat hajat,dekatkan diri dgn Allah.." rasa terubat.. rasa terubat,tapi rasa cm perlukan ma sgt2..ckp lagi kt ma, "ma,doakan k.long ek,biar senang nk study,blh jd y terbaik cm diorg smua.." jwpn ma buat hati tersentuh lg..tau ma ckp apa?...."yang pentingg diri sendiri tu..jgn tggl solat hajat tiap2 malam.ma dan abah slalu dah buat solat hajat utk k.long dan adik2,supaya Allah permudahkan smua urusan,supaya Allah redha akn setiap perlakuan.. doa kami xpernah putus utk k.long dan adik2.." aku diam,ma juga diam..ntahlah..mungkin ma jga dpt rasa sebak yang menahanku berkata2..then,ubahh topik lain..aku xnak ma sedih2,,xnak ma nangis sbb anak dia y byk kerenah ni.ceria balik..Allahumma ya Allah..Kau wasilahkan ma utk menasihatiku,Kau mewasilahkan ma utkku tetap jd kuat bila dpt ujian dariMu.. Allahumma ya Rahman..kasihilah ibu dan ayah kami seperti mana mereka mengasihi kami swaktu kami kecil.moga Kau limpahkan kebahagiaan dan keberkatan dlm keluarga kami,kasih syg yang Kau redhai di jalanMu..subhanallah..selepas Allah, seorang ibu adalah penenang,penasihat,pendorong yang terbaik.. seorang ibu syg akn anak2nya melebihi dirinya sndiri..biar dia kurang,asal anaknya cukup semuanya..itu prinsip seorang ibu y penyayang..subhanallah,bersyukur,ku punya ibu yang penyayang.. xpernah lihat ma menangis depan anak2nya.. sesedih mana pun dia,pasti bertahan..tkut anak2 lihat dia sedih..tkut anak2nya sedih melihat dia sedih.kuatnya ibu,kn..tapi kita,ada masalah je,cari ibu,luah kt ibu,menangis depan ibu..abah pn sama..dia kuat,selalu utamakan anak2..ingat lagi dulu,nk tggu bas nk g asrama..jauh.. abah bimbang anak dia tggu sorg2 kt tepi jln,takut anak dara dia ni diapa-apakan..sggup abah tggu smpai bas dtg,sanggup abah rehat dr kerja kjap,semata2 nk tggu anak dia dptkan bas,smpai ada skali tu,abah terlelap sambil duduk,keletihan..xsanggup nk kejutkan abah time tu,tp bila terjaga,abah cepat2 jenguk lagi,kot2 bas dh dtg..tggu bas dh hilang dari pandangan,baru balik.. seorang ayah,mmg terkadang xnampak kasih sygnya,tapi percayalah,anak2 yang kd keutamaannya.anak2 yang jd pengubat hatinya.. subhanallah..rindu ma,abah dan adik2 kt rumah tu..rindu yang xtertanggung lagi dah..Allahumma ya Allah.rindu sgt2..rindukan kasih sayang mereka..rindukan detik2 bersama mereka..rindu yang teramat..



adik-adik..selalu je gaduh2..jumpa je gaduh..hehe..xde lah.. klakar..adik-beradik perempuan msuk bilik adik beradik lelaki,confem2 la kena sound.."ma,abah..tgk ni,diorang msuk bilik lelaki..!" time adik-beradik lelaki msuk bilik perempuan,"ma,abah,tgk ni,diorang msuk blik perempuan..!!" huhh..tapi ma n abah senyum je..adoi..tapi aku guna kuasa veto selaku ank sulung..main msuk je.. hehe..kelakar..rindu nk gaduh2 lagi ngn adik-adik kt rumah tu.. rindu..insyaAllah,buat ma,abah,adik2.. k.long akn usaha sedaya mungkin..jd y terbaik utk smua..insyaAllah,tu janji k.long.. (~_~) Syg kamu semua sgt2,yang teramat..moga Allah menjaga keluarga kita sebaiknya dgn perlindungan n berkatNya..insyaAllah..amin..