Khamis, 21 November 2013

kerana aku rindu.

bismillah.

jika merasa sedih, pandanglah ke langit. saat itu kau akan sedar bahawa Allah akan selalu ada untukmu.

bayu malam, sampaikan dariku rindu.
bulan cerah, titipkan dariku sayang.
bintang bersinar, pancarkan dariku cinta.
angin dingin malam, bawa bersamamu doaku.

mereka sedang berjuang.
ma dan abah, aku tahu, mereka dengan perit jerih kesusahan.
abang ngah dengan lambak timbunan assignment dan kesusahan yang menekan.
abang chik yang perjuangan SPM. dan itu aku pasti, dia begitu tertekan.
kak teh dengan bakal result PMRnya. pasti seringkali mengganggu fikiran.
kak yah yang tetap terus kuat, walau sedikit jauh terpisah ke pahang.
adik ain. adik bijak, sedikit nakal tetapi seringkali menjadi hiburan.
ma.abah.adik-adik.

sampaikan rindu ini pada mereka. mereka sedang berjuang. mustahil si 'nur' ini tak mampu kekal dalam barisan, tampil sebagai pejuang. perjuangan di medan ilmu yang luas di tanah tandus syam. terus gagah menjadi musafir, terus dahaga melihat kelopak wadi ilmu yang alirkan air manis yang tidak berhabisan.

Allah selalu ada untukmu. tapi jangan jadikan Dia pilihan terakhir bila kau tak punya sesiapa untuk mengadu kesedihan. itu bukan namanya bertuhan.

 Dia pasti kan selalu ada, mendakap hati-hati yang selalu rindu dengan yang punya kasih sayang yang berlautan.

 Dia kan selalu ada, turun ke langit dunia mendengar doa dan rintihanmu di dua pertiga malam, tapi dengan syarat.. kau harus bangun menyahut panggilan kasih sayangnya tanpa sedikitpun rungutan.

Dia sentiasa ada, bahkan penuh dengan kasih sayang. cuma saat kau menjauh tanpa berfikir panjang, kau lupa bahawa Dia yang sentiasa penuh cinta itu menyayangimu melebihi segala yang kau cintakan.

oleh itu, dengan kesemua mereka yang kau rindukan, bukankah itu juga bermakna kau rindu dengan kasih sayang Tuhan?

Allah kan selalu ada. bahkan Dia sentiasa mendengar doamu, sayang.

sampaikan rindu ini pada mereka. kerana aku rindu.




_terasa hangat bila baju sejuk yang ma abah beli kemas tersarung di badan. rasa juga hangat kasih sayang mereka yang tiada sempadan. dan air hangat terasa laju tumpah, bertitikan_

keranaakurindu. dantanganharusmenulis, melampiaskanrasadimatakeyboard,biartercatatpadahelaiankertasbayanganini. biarberkurangrasabebandibahu.

Selasa, 29 Oktober 2013

cinta Allah. -hlovate.

bismillah.

berharap pada manusia, nescaya engkau akan kecewa.
berharaplah pada Allah, percayalah pada Dia, kerana Dia yang Maha Kuasa.

inshaAllah. engkau akan bahagia. tidak lagi berduka.
kerana Dia tahu segalanya.
dan engkau langsung tidak tahu.

when you get little, you want more.
when you get more, you desire even more.
when you loose, you realize little was enough.
always say alhamdulillah for what you have.

jangan termenung terlalu jauh. jangan berangan terlalu tinggi. nanti lambat nak sedar. lambat tau hakikat sebenar. dan bila dh terlalu jauh, senang benar nak kecewa. lagi-lagi bila tau kemungkinannya sangat jauh dan hampir tidak mampu.
 jangan, jangan dan jangan.
 tapi plez, time belajar jangan pernah cuba. kerana belajar, kita harus terbang tinggi, biar terlihat pemandangan satu dunia. biar banyak ilmu yang mampu kita ambil darinya.

jangan berharap pada manusia, sebentar lagi kita akan kecewa.
bila mereka ada, dan kita xpunya seperti mereka, teruslah berterima kasih pada DIA, kerana kita masih punya sesuatu, paling tidak, masih cukup untuk kita nikmati dengan bahagia. masih ingatkan pada kisah saudara-saudara syria? kita sudah menjadi yang paling punya kekurangan, atau mereka lagi kekurangan?
say alhamdulillah. semua atas kuasa Allah. kita dah kurang, tapi hakikatnya apa? ramai sangat orang-orang di luar sana yang jauh lebih kekurangan dari kita.

----------------------------------------------------------------------------


'to be judged of what you were is just as unfair as a butterfly being judged while it was a caterpillar.'
dash johari: anthem. hlovate.

xadil kalau nk judge rama-rama yang cantik berdasarkan masa silamnya y buruk semasa dia masih dalam bentuk kepompong.

so,jangan risau andai masa lampau teruk, atau apa. asalkan setiap hari membangun dengan lebih sempurna. walau hanya seinci ke depan, walau hanya setapak berjalan. paling tidak pun, harus punya fikiran yang berbeza, meskipun hanya mampu sedikit, ke arah yang lebih baik.

masa lampau yang teruk tak punya apa-apa jaminan untuk masa hadapan yang kelam. walaupon mungkin punya sedikit kesan, tapi teruslah membina. kerana ia tidak layak menjadi hakim bagi masa hadapan kita. masih punya masa!
harus ingat tentang itu. positiflah menghadapi ruang dan masa.

'kata kunci: sabar.

masa boleh berubah. masa boleh menukar arah. dan masa itu pembolehubah yang bukan di bawah kuasa manusia, tapi kuasa Allah.

sabar.

sabar untuk beluncas bertapa dalam kepompong tu sebelum boleh keluar jadi seekor rama-rama yang cantik dan cukup sifat.
sabar juga untuk orang yang di luar kepompong untuk tunggu beluncas keluar dari kepompong dan menjadi seekor haiwan yang cantik, jauh lebih baik dari rupa pada masa silamnya. langsung xsama. jauh lebih baik, jauh lebih cantik. jauh lebih menjadi perhatian orang sekeliling'.
                                                                                                                       
                                                                                                      -hlovate


dan ini bukanlah tentang judge sangat sebenarnya. tapi tentang sabar. dan ia lebih menarik minat. bagi situasi sebenar bagi aku, si 'nur' yang selalu lupa.

sabar.
tentang banyak benda. benda yang paling diinginkan, tapi di luar bidang kuasa hamba yang punya rasa bertuhan. oleh itu, sabar.

sabar.
tentang banyak benda yang tak diinginkan. tapi diluar batas kuasa hamba, tetap ditakdirkan untuknya.
oleh itu, sabar.

sabar.
untuk menunggu hikmah yang dirahsiakan Allah, sang Maha Pencipta.
untuk melawan nafsu oleh khalifah bernama manusia dari banyak benda berkisar perihal dunia.
sabar untuk melihat cantiknya perjalanan yang Allah tentukan sebenar-benarnya.
hmm..time tu, baru nak bersyukur, kerana Allah takdirkan begitu ada bahagia dipenghujungnya.
cuma terkadang, khalifah yang bernama hamba, sering punya rajuk yang mendahului hikmah yang terbaik dari Sang Maha Pencinta.

*terimakasih hlovate. sebab sedarkan 'yang selalu lalai' ini tentang banyak benda. (kan Allah hantarkan kebaikan melalui wasilah-wasilah yang kadang kita tak duga. say alhamdulillah.. )
hebatnya Dia. sebab dengan hanya melalui pena, terkadang mampu menyentuh jiwa-jiwa manusia yang alpa.




dan pandanglah langit, pasti engkau akan rasa Allah sentiasa ada bersamamu.
* langit suram je. cm xde bintang. sedang berduka jugakah?


bukan. sebenarnya, Allah hanya sembunyikan indah bintang itu hanya sebentar, biar tahu rasa bersabar. supaya nanti pemandangan indah langit berbintang cerah bisa disertai kalimah suci dengan pujian untukNya. biar kita mampu bertasbih bersama alamraya.
sertai mereka. biar tak malu jadi khalifah yang berjiwa cinta!

Sabtu, 26 Oktober 2013

syishbaarakk syria~

bismillah.

26/10/13
alhamdulillah. baru pulang dari menziarah khemah-khemah syria berdekatan jami'ah. baju pun masih belum sempat bertukar.Tangan ini juga masih berbau hamis. membantu mereka menyiapkan makan tengahari untuk keluarga dan anak-anak yang kelaparan. subhanallah. mereka tersangat baik.. mereka tersangat peramah. terasa ringan jemari tangan membentuk-bentukkan doh gandum yang sudah diuli sebati. mengisi sedikit daging korban yang disedekahkan orang pd hari raya haji sebelum ini, membentuk-bentukkan, seperti bentuk karipap kecil, menemukan dua hujung adunan, ditekan rapat, digaul dengan gandum. syishbaarakk namanya. kuih berintikan sedikit salatah daging, dibentuk dalam adunan, digaul dengan gandum. hamis. terasa loya nak makan.lagi-lagi daging kambing. tapi itu makanan harian mereka. hamis atau tidak, hanya itu yang mereka ada. Allah. tabahnya mereka. kalau aku yang berada dalam situasi mereka, bagaimana? terasa tak mampu. kekurangan yang sedikit pun aku sudah merasa terbeban. aku rasa hina dibandingkan dengan mereka. tapi wajah mereka masih terlihat bahagia. itukah 'merasa cukup dengan apa yang ada'? T-T

mereka orang yang dahulu punya rumah sendiri, punya tanah sendiri, punya ladang sendiri. sekarang, hanya sehelai sepinggang. kasihannya mereka. apalagi akan berhadapan musim sejuk yang bakal memberi rasa dingin hingga menyentuh tulang dalam. entah apa rasa mereka. ataupun sudah terlalu kebal untuk merasa apa-apa. aku mencium lagi bau hamis yang sudah semakin menghilang di tangan. rasa rindu melihat telatah anak-anak kecil mereka yang berebut ketika dihulurkan makanan yang tak seberapa, makanan ringan yang kami bawa sekadar apa yang mampu dari kami yang masih bergelar pelajar, tika ini. aku rindu melihat wajah kecil marwan, yang baru berusia beberapa bulan. marwan. nama sandaran khusus untuk bapa saudaranya yang syahid di syria. Allah.. mereka terlalu cintakan syahid! zahirnya, mereka yang serba kurang dari kami. tapi pada aku, kami yang sebenarnya patut malu.kami yang punya kekurangan dalam jiwa. kurang rasa rindu akan syahid. belajar agama, tapi iman masih pada takat yang dulu. hanya senipis kulit bawang! belajar di tanah juang para syuhada', tapi masih punya karat jahiliah yang susah luntur. iman masih di takat lama. kalau pun meningkat, hanya sedikit. tapi bila turun, jatuhnya mendadak!

berfikir lagi. sambil mencium bau hamis ini. gegendang telinga penuh dengan ton serenade yang tenang- pot the elegance of pachelbel. sudah lama aku mendengar, tapi kali ini aku melihat. keadaan mereka, pakaian serba kurang mereka. anak-anak yang penuh dengan airmata, yang kemudian gembira mendapat agihan makanan ringan yang serba sederhana. dan semua yang ada di situ. seringkali terfikir, andainya kami yang berada di situ, boleh jadi kami tidak mampu. tapi mereka yang Allah takdirkan di situ. begitu kuat. ibu-ibu dan ayah-ayah masih mampu berwajah tenang, langsung tidak menunjukkan riak wajah mereka yang bimbang. padahal mereka tahu, entah apa yang mampu disuapkan kepada anak-anak mereka esok hari. dari situ aku belajar sesuatu. kuatnya sandaran mereka kepadaMu ya Allah. besarnya nekad mereka, bulatnya tawakkal mereka pada yang Maha Kuasa. terasa hati perit lagi. kerana aku tidak mampu punya tawakkal sebesar itu. dan kalaupun ada, mungkin hanya sebentar cuma. setelah beberapa detik, hilang lagi. entah di bawa angin ke ceruk mana. rasa sakit di dada.melawan rasa. mustahil aku tidak mampu seperti mereka!

hari ini, aku sudah di tahun tiga. inshaAllah. semoga Allah izinkan kami semua berjaya membawa pulang segulung sijil bersama tekad di dada.

gelap. terhenti seketika.
 bahkan tiada mood yang sesuai untuk berbicara tentang mereka.

aku tercium-cium bau itu. syishbaarakk. biarpun cuma bau hamis itu yang tak sewangi lavender kesukaan aku. aku rindu tautan ukhuwah yang mereka semai pada salaman pertama. aku rindu tatapan wajah penuh cinta, yang mencium pipi dengan penuh kasih sayang. seakan kami-kami ini anak mereka. walau pada hakikatnya kami ini entah siapa-siapa pada mereka. entah siapa namanya, entah berapa umurnya, entah kami ini orang baik atau apa. -saudara seislam- hanya atas dasar itu semata. kami bersalam mesra, bahkan tiada rasa janggal pada pertemuan pertama. Allah.

Allah. berkatilah mereka. seluruh keluarga mereka, anak-anak kecil mereka, ibu-ibu ayah-ayah yang sudah tua. kasihan aku lihat mereka begitu. bukan sekadar sehari dua.tapi sudah setahun lebih rasanya. mereka masih begitu. keadaan masih sama. semoga Engkau mudahkan semua urusan mereka. semoga Engkau rahmati mereka dan usaha-usaha mereka. mereka saudara kami. dan kami hanya mampu membantu sekadar yang termampu.

terima kasih Alllah. pengajaran ini sungguh sangat bermakna. untuk aku teruskan hidup dengan tekad dan tawakkal yang sarat di dada. untuk menjadi seorang yang bermanfaat untuk ummah nanti. semoga mudah. untuk aku, mereka dan mereka-mereka.
Allahu yusahhil.




Isnin, 7 Oktober 2013

berehat nanti kat syurga je..

bismillah.

"su, xpenat ke? berhari-hari xcukup tidur, tapi esoknya bangun awal lagi. ulang rutin yang sama lagi."
"xpelah kak.berehat nanti kat syurga je."
Diam.

Allah. terasa.
'berehat nanti kat syurga je.' T-T

Alhamdulillah. Allah sentiasa bagi seseorang yang selalu mampu bagi nasihat. dalam keadaan apa aje.
walaupun ketika itu dia sendiri penat.walaupun ketika itu dia sendiri sakit. alhamdulillah, dia tak jadi pindah. gembira. sgt2..

dulu dia pernah tanya sebelum buat keputusan nak pindah. jauh dari sudut orang ramai, dia bertanya.
"kak nur, akak rasa saya patut pindah x? apa pendapat akak?"
tenang.

"ikutlah. akak terima je."
diam.

"tak. saya nak dengar pendapat akak."

"entah. akak ikut je keputusan su mcm mana. kalau rasa lbh berat kpd nak pindah, pindahlah. kalau rasa lebih berat tak nak pindah. stay jelah."
senyum.

lama dia diam.

"sebenarnya saya sayang la nak tinggal akak. kalau bukan sebab akak, memang saya xragu-ragu lg. saya xtau nak buat mcm mana."
aku terkejut. airmata dia meleleh. makin laju. makin laju.
dan aku rasa sebak. sgt sebak.

tiba-tiba ada mesej masuk.
'jangan menangis, bertenanglah.'

eh..amende ni. tetiba aje.
rupanya ad sahabat yang ternampak kami berada jauh sedikit dari sahabat lain, melihat ada riak serius barangkali. melihat ada diskusi rumit, mungkin. bertindak menjadi penghibur sedikit. alhamdulillah. hilang sebak. terasa tenang. terima kasih!

"saya nak pendapat akak..akak ok ke kalau saya pindah?ke macam mana?huhuu.."

"ok je.. tapi klu tanya akak, akak xbagi la su pindah..haha.. hmm..tanya lagi pndapat akak kn.."
berseloroh. semoga tenang hati aku dan dia. dia sahabat terbaik. semoga Allah sentiasa beri yang terbaik untuknya.

last2, dia xjadi pindah.alhamdulillah. aku sentiasa buat solat hajat. kerana ini sesuatu yang amat berat baginya. aku inginkan yang terbaik untuk dia, selama aku bersahabat dengannya. kerana aku juga ingin belajar jadi manusia hebat sepertinya.

alhamdulillah a'al kulli hal. dia masih bersama. dan Allah cuma menduga. apakah hambaNya akan tetap bersabar dan tetap kembali mendekat padaNya, tatkala hujanan ujian datang bertimpa-timpa. alhamdulillah.

kenapa ujian tak pernah letih datang dan menduga?
kerana Allah tak pernah letih kasih dan sayangkan hambaNya.
Allah. ampuni hamba. T-T

Sabtu, 25 Mei 2013

seakan menunggu waktu derita

bismillah..

sepertinya hati sudah lama memendam rasa. tapi baru hari ini punya kekuatan untuk sedikit coretan, memandangkan wall blog sudah lama dihiasi habuk2 debu padang pasir yang berterbangan.

alhamdulillah, sudah habis sem 2 untuk tahun dua di sini..insha Allah masih akan berbakii dua tahun lagi. dan semoga Allah sentiasa tidak lupa menitipkan nikmatnya tiap masa. walau hambanya ini sedang bergelut duka, walau hambanya ini bersuka ria. dan alhamdulillah, setakat ini, masih Allah tak henti kurniakan nikmatnya, walau hamba yang hina ini terkadang lupa.

masa semakin pantas bergerak. berlari, berkejaran tanpa menunggu manusia yang alpa. masih berbaki beberapa hari untuk pulang ke malaysia. negara tercinta. saat yang ditunggu, saat yang dirindu. tapi, dalam suka, ada peristiwa yang bakal meruntun hati dan jiwa. 2org housemate bakal berpindah ke penempatan lain. meski tak jauh, hati tak lari dari rasa kecewa. sudah cuba, tapi sebak tak habis-habis cuba menyempitkan dada. dah cuba tak menunjukkan rasa kecewa, tapi riak muka sering berkata hati yang di dalam ini berdusta. ahh..dusta.  tapi itu untuk mereka.biar tak merasa terbeban dengan apa yang kami rasa.

aku dan rumate. aku kakak, dan dia adik. tapi selalu punya fikiran yang sama. hobi sama, keinginan sama, cara berfikir sama, perangai hampir sama, ke mana sahaja selalu sama-sama,makanan kegemaran sama, sampai tahap, apa yang aku fikir, dia pon fikir bnda sama.. masing-masing kadang boleh baca perasaan dan fikiran masing-masing.  ke mana-mana, orang pasti lihat kami berdua.dan pastinya kami sering berkongsi masalah dan pendapat. dia faham aku, dan aku faham dia. kerana cara kami berfikir sentiasa sama. sangat sama! sehingga terkadang aku sendiri tak temui punca terhadap benda aneh ni. apa yang aku rasa nak makan, dia juga rasa, cuma tinggal suarakan je hasrat masing-masing.then,salah sorang akn tergelak, sebab rasa nk makan benda yang sama. nak bagi pendapat, ehh, pon sama. terfikir nak g pasar, dia pon terfikir sama.. kadang, sama-sama bangun dari katil, sebab nak ambik benda yang sama. sebagaimana mana pasangan kembar, itu yang terjadi kepada kami. aku terbatuk dalam bilik, kejap lepas tu, dia terbatuk dari dapur. ahh. sangat aneh. banyak lagi benda yang aku sedar byk sama ngn dia, tapi xcakap. sebab rasa mcm xlogik di fikiran siapa yang mendengar. hmm..entahlah. nak percaya, percaya. tak nak, sape pon xboleh paksa. dan aku hanya sekadar bercerita. kagum dengan takdir Allah. entah bagaima mana kami boleh punya hampir kesemua sama, sedangkan umur kami 2tahun berbeza, dan dia anak kelahiran selangor, sedangkan aku, jauh ke pantai timur.dan mgkin ad satu lg y berbeza, aku tinggi, dan dia agk genit, tapi tetap comel mengalahkan budak kecik darjah dua.

dia sudah aku anggap seperti adik-adikku. dia seperti kak teh yang sentiasa melayan setiap kerenahku, baik yang buruk, yang nakal..semua dia layan. dia dah aku anggap seperti kak yah, yang selalu aku ikutkan kemahuannya. kalau boleh, aku mahu dia dapat yang terbaik. kadang, kemahuannya lebih aku turutkan, berbanding kemahuan aku, dan dia selalu aku lindungi sepertimana aku selalu lindungi adik ain. ke mana dia ingin pergi, aku temankan.dan ke mana aku pergi, dia turutkan. dia seorang sahabat, tapi juga sudah seperti seorang adik yang dengannya aku berlatih menjadi seorang kakak yang sabar untuknya, seorang kakak yang prihatin terhadap semua keadaannya, seorang sahabat yang mampu dengar masalah dan cerita-ceritanya, dan semua benda. bahkan banyak yang sudah aku belajar darinya, kerana dia seorang yang benar-benar matang, aku belajar tentang banyak perkara.

tapi semua nanti bakal berubah sepenuhnya. dia salah seorang antara dua orang housemate yang bakal pindah. sudah aku nyatakan, meski tak jauh, tapi hati tak lari dari rasa kecewa. T_T

first time kami terima berita, aku berlagak tabah. seperti tiada apa-apa. terus ke dapur, memasak untuk makan tengahari kami. tangan 'mengusik-usik' lauk atas dapur, tapi fikiran entah melayang ke mana.
belum siap sepenuhnya, terus bersiap-siap. mahu cepat-cepat meninggalkan rumah buat seketika. sebabnya hati rasa tak kuat memandang wajah mereka. akhirnya, ayam masak merah dalam kuali bertukar jadi ayam bakar yang kering kuah. 'nasiblah korang. akak tak makan kt rumah hari ni'. keluar rumah, niat menziarah seorang sahabat yang baru selesai dibedah di daerah lain. aku dan empat sahabat lain berjanji berjumpa di stesen bas. dalam bas, aku memilih duduk sorang-sorang. berfikir sebagai seorang yang matang.berfikir sebagai seorang yang lebih tua dari mereka. sejenak, melayang-layang kenangan-kenangan pahit manis, mengusik tangkai fikiran, menyerbu jiwa yang meruntun perlahan.

Allah engkau dekat, penuh kasih sayang. tak kan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis.

tanpa sedar, air mata mengalir perlahan.hah! ini padahnya melayan lagu-lagu opick!

sekembalinya dari melawat sahabat, aku mendapat panggilan telefon, mengatakan hari ni ada latihan seni pertahanan diri.kasihan jika dibiarkan mereka bersendirian di sana, padahal aku punya tanggungjawab mengurus  mereka, membantu.selagi mana mampu. keletihan sebenarnya, hampir setengah hari bermusafir, tetiba pergi training. tapi tak kisah, asalkan tak pulang ke rumah! balik hampir maghrib, usai solat, terus ke kelas tutorial.hingga lewat malam. hampir pkul 12 rasanya. tapi biarlah, asal tak perlu menatap wajah mereka. sampai rumah, tukar baju, tutup lampu, tidur. tak jumpa sape-sape.tak sembang-sembang dulu sebelum tidur, seperti hari-hari sebelumnya.

diorang tanya, "akak tak sihat ke?"
iyekan aje.

hari-hari selepasnya, masih begitu, tapi sudah mula berbicara seperti biasa dengan mereka. walau hati tak mampu pon nak tatap barang-barang kepunyaan mereka.walau hati sebenarnya tak rela. nasib baik tengah fatrah exam.mereka pon tak sempat menduga, bahawa aku sebenarnya sedang kecewa. kerana masing-masing sibuk dengan buku masing-masing, .seperti tempoh exam yang sebelumnya. sunyi rumah. sunyi suasana. sunyi juga hati yang sedang berkelana.baca buku, tapi air mata masih bertitik-titik atas buku. baca buku, tapi langsung tak masuk kepala. tapi kena! sebab ini last exam untuk tahun dua.huh! penat bergaduh dengan perasaan.

astaghfirullah. patutnya bukan begini cara aku. redhalah. kerana setiap pertemuan ada perpisahan. itu syarat pertemuan. kalau xmampu, mustahil Allah takdirkan begitu. kan?

nasib baik masih ada seorang sahabat, sentiasa beri sokongan. bila rasa tak tertanggung, dia ada, sedia beri kekuatan. bila rasa sikit lagi nak jatuh, dia ada, sedia menyokong dari belakang. Allah, terima kasih.

kenapa adanya persamaan? bilamana nanti Allah akan tetap memisahkan. kerana setiap pertemuan ada perpisahan. tak kira serapat mana, seerat mana. kerana Allah ingin kita sedar, bahawa tak ada benda yang kekal, yang selamanya berada bersama kita. yang kita kira pada awalnya akan terus sahaja akan bersama kita ke titik perjuangan yang akhirnya. tetap sahaja ada yang bakal berubah, tetap sahaja ada yang yang akan terpisah. kerana Allah inginkan yang manis dan terbaik dalam tempoh musafir ini. kerana Allah ingin selitkan banyak hikmah dalam perjuangan musafir di tanah tandus kering ini. kata kita ini hamba Allah yang mengaku beriman. pasti dititipnya ujian. kan? pasti diberinya dugaan, uji sejauh mana pengakuan setia kita dengan Tuhan. pasti. tipu kalau sepanjang jalan juang tak terselit kepayahan. pasti ada yang perlu dirempuh dengan hati tabah, dengan kekuatan iman.

semalam, untuk tidak membiarkan cuti yang ada 'membunuh' masa lapang, aku baca kisah sejarah. tentang perjuangan seorang pedang Allah, Khalid al-Walid. bangga rasanya islam pernah ada pejuang sehandal itu. sayu rasa, bila jihadnya hanya untuk Allah semata. tapi kita, bagaimana? ada dua peristiwa yang rasanya sedikit menenangkan emosi. pertama, kisah beliau dipecat dari ketua panglima perang, ketika sedang berjihad menjatuhkan kerajaan Rom, yang semenjak Rasulullah masih ada, mereka sangat-sangat membenci islam. yang angkuh dengan empayar besar mereka, yang langsung tak mahu tunduk dengan agama Allah yang bersifat menyamaratakan taraf manusia. keadaan sedang menekan, tentera islam yang berjuang dengan hanya bilangan pejuang yang sedikit, berdepan dengan tentera kerajaan rom seramai 240 ribu orang tentera. Allah. berkali-kali ganda. keadaan menekan, tiba-tiba, seorang utusan datang, meminta izin berjumpa ketua panglima. surat itu sulit, dia memohon izin supaya hanya ketua panglima perang itu yang menerima berita. menurutnya,ada dua berita sedih, dan ada dua berita gembira. kata khalid al-walid, "sampaikan dahulu berita sedih, biar nantinya aku terubat dengan berita gembira". lalu utusan itu mengkhabarkan, sayyidina Abu bakr, khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah telah meninggal dunia. khalid al-walid masih tetap begitu tenang menerima berita pemergian khalifah yang disayanginya. "khabarkan pula kepadaku berita gembira." lalu utusan itu memberitahu bahawa umar al-khattab telah dilantik menjadi khalifah yang baru dengan persetujuan semua.
"alhamdulillah. sayyidina umar memang orang yang paling berhak menerimanya. khabarkan pula kepadaku tentang berita sedih yang lainnya". lalu utusan itu terdiam seketika.
"semoga engkau menerimanya dengan hati yang tabah. khalifah umar telah memecatmu dari jawatan ketua panglima perang". wajah khalid al-walid masih tetap tenang. "aku menerimanya dengan hati yang terbuka. kerana aku tidak sekali-kali berjuang utk khalifah.aku berjuang hanya kerana Allah.jawatan dan pangkat, semua itu hanya dunia.bahkan aku akan dipertanggungjawabkan dengan setiap jawatan dan amanah yang diberikan kepadaku.khabarkan kepadaku berita gembira itu" lalu, utusan itu memberitahu, "jawatan tuan akan diganti dengan Abu Ubaidah bin Jarah". wajah tenang pahlawan pedang Allah itu masih sangat tenang,bahkan langsung tak terasa dengan pemecatan jawatan beliau, di tengah-tengah keadaan musuh yang menekan. di tengah keadaan yang kacau bilau. beliau masih menerima apabila abu ubaidah mencadangkan bahawa pemecatan dan perlantikan itu tidak diberitahu kepada tentera, kerana bimbang tentera-tentera islam akan berputus asa.

peristiwa kedua, masih dalam sekitar perang yarmouk, tentera islam masih berhadapan dengan tentera rom yang sememangnya gagah di mata dunia waktu itu. keadaan masih tidak reda. lalu ikramah menyalakan semangat kaum islam. dia merempuh pasukan tentera musuh, bersama beberapa orang tentera islam lain seperti harith bin hisyam, bapa saudara ikramah.mereka menabrak semua yang ada, hingga keadaan musuh menjadi kucar kacir. dan tentera islam memanfaatkan keadaan yang ada. hasilnya, kekuatan tentera rom berjaya dipecahkan dan ramai dari kalangan mereka dibunuh,,akan tetapi ramai juga y tercedera..antaranya adalah, ikramah, ayas dan harith bin hisham. tiba-tiba, ikramah berpuas hati kerana usahanya memusnahkan pihak musuh berjaya dan rasa bersalahna kepada baginda kerana bermatian-matian memerangi tentera islam ketika perang uhud dan beberapa perang lain. seketika kemudian, harith yang berada di sebelah ikramah meminta air kerana terlalu haus. lalu, tentera yang bertugas bergegas menghantar air kepadanya. baru sahaja khalid al-walid memberi harith minum, ayas yang berada di sebelahnya turut meminta air, lalu panglima harith tidak jadi minum dan menyuruh khalid al-walid memberikan air kepada sahabatnya dulu. baru sahaja air hampir dituangkan ke dalam mulutnya, ikrimah turut meminta air kerana terlalu kehausan. ayas tak jadi minum air itu dan disuruh sahabatnya itu diberikan air terlebih dahulu. lalu, khalid al-walid berpaling untuk menuangkan air ke dalam mulut panglima ikrimah, panglima harith sekali lagi bertanya, "masih adakah lagi air untukku.aku terlalu dahaga. panglima ikrimah juga tidak jadi meminum air dan menyuruh sahabatnya didahulukan. baru sahaja khalid al-walid berpaling ingin menuangkan air ke dalam mulut harith, dilihatnya harith telah menghembuskan nafas yang terakhir, dituruti ayas, dan kemudian ikrimah. ketiga-tiganya tidak sempat meminum air kerana sifat ithar yang sangat tinggi dalam diri masing-masing. tentera islam sangat kagum dan sangat terkesan dengan peristiwa tiga sahabat itu.

Allah. apakah ujian ini lebih tinggi dari mereka? tidak. jauh sekali. jauh berbeza. tidak terbanding.
namun, sifat ithar, membuatkan mereka menerima segala apa yang Allah tentukan dengan rela hati. apatah lagi dengan rasa terpaksa. jauh. teramat jauh bandingannya dari mereka. jadi, apa alasan untuk diri tidak belajar menerima. apa alasan diri untuk tidak redha dengan ujian Tuhan. Allah.. T_T

"Allah tidak akan meninggalkan orang-orang mu'min dalam keadaan yang kamu sedang berada, sehingga dia memisahkan yang buruk dari yang baik, dan Allah tidak memberitahu kamu yang ghaib, tetapi Allah memilih daripada rasul-rasulNya siapa yang Dia kehendaki. Maka percayalah kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan jika kamu mempercayai dan bertaqwa, maka bagi kamu upah yang besar"
ali-imran:179


::mungkin.. ini sebenarnya bukan tentang persamaan kami, tapi sedikit perbezaan yang ada pada diri kami::


jadi, terima seadanya, jika perpisahan itu masih mampu meneguhkan persahabatan kami, dari terus tetap berdekatan, tapi hati sudah saling tak memahami.jadinya, aku hanya menunggu hari yang menyakitkan itu.  menanti hari-hari kelam yang rasa bakal menyesakkan dada.dengan mempersiapkan hati untuk tidak terluka lagi, untuk belajar mengeraskan hati, supaya tidak menangis di hadapan mereka nanti. lagipun, mereka punya tujuan yangg lebih penting, untuk ummah dan masa depan. :)

Allah, aku menanti hikmah dariMu, andai ini benar-benar yang terbaik pada pandanganMu, meskipun ia kurasakan terbaik pada pandanganku. Engkau jauh lebih tahu, walaupun doaku bisu. Engkau jauh lebih tahu apa yang selayaknya untukku. xsabar ingin mengetahui apa hikmah yang Kau selitkan disebalik kepayahan yang terselit dicelah lipatan ujian.
Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang :)

Isnin, 13 Mei 2013

syria, apa rasa mereka~

bismillah.
Allah yang Maha Pemurah. Allah yang Maha Penyayang.
ini hambaMu. yang penuh dosa noda. pandanglah hamba, walau dosa tak pernah lekang dari jiwa, perbuatan, malahan juga kata-kata. pandanglah hamba, walau seringkali menjauh dan terjauh dari arah yang sepatutnya. Allah, Engkau dekat.

rasa takut dan sedikit gentar tak lekang dari jiwa rasanya. jordan telah membuka jalan udara bagi mereka-mereka yang mahu menceroboh palestin dari atas. bunyi jet pejuang, tak lekang dari pendengaran. satu demi satu bunyi deruman itu menceroboh telinga kami, yang lantas memberi sedikit rasa gentar dan takut. kami di sini tidak apa-apa, dan setakat ini masih tidak diberi ancaman apa-apa, tapi tiap kali bunyi itu menderum, terus sahaja pandangan terarah ke atas. bimbang, andai ada apa-apa bendasing yang dilepaskan. kami di sini masih baik-baik sahaja, tapi sudah begitu bimbang. apalah rasa mereka yang berada di sana agaknya. yang benar-benarr sedang berjuang di Syria sana. yang seakan menunggu derita. itu jihad mereka! terfikir, bagaimana keadaan sebenar mereka di sana.

dengar-dengar, mereka mengancam jordan, mengecam pelarian syria yang melarikan diri ke tempat kami. sampai begitu sekali kah, ingin hapuskan rakyat mereka? Allah. tiada perasaankah mereka. dengan mata ini sendiri, aku menyaksikan pelarian-pelarian itu. sebahagian mereka berikhtiar meminta sedekah di jalanan, sambil membawa anak-anak yang semakin kurus kering. sambil berpakaian compang-camping. sebahagian mereka menumpang dimasjid-masid atau tempat awam barangkali. subuh, mereka berangkat meninggalkan tempat persinggahan, bimbang diusir umum. pernah ketika ingin bangun untuk solat subuh, aku melihat satu keluarga yang berpakaian agak kotor, membawa deretan anak kecil, bahkan masih punya anak dalam dukungan, membawa beg berat, menuju entah ke destinasi mana lagi. anak-anak kecil mereka merengek, tidak cukup tidur, sudah terpaksa berpindah ke tempat lain. aku kesian melihat mereka begitu.
mereka sudah cukup seksa di sini. kos sara hidup mahal, tapi mereka masih dicari lagi? Allah, apa sudah jadi dengan dunia?

pernah aku melihat mereka menderita, ketika musim sejuk yang mencapai suhu negatif, mereka hanya berbumbungkan khemah-khemah kecil, berlantaikan tanah yang sejuk membeku,tanpa tilam empuk, tanpa bantal yang selesa, tiada pemanas badan, tiada winter coat yang mahal-mahal. pernah juga aku melihat khemah mereka tenggelam dek air hujan yang menimpa,mencurah-curah turunnya. lalu, ke mana mereka berteduh? ke mana mereka tidur? dan aku lihat, mereka masih tetap di situ, mengharung air hujan yang membanjiri khemah-khemah kecil mereka, dan masih tidur di sana. Allah, peritnya rasa. aku yang sudah berbumbungkan rumah yang selesa begini pun, masih susah bangun tidur, kerana sejuk melampau, yang mencucuk-cucuk tulang dalam. mereka? jauh bandingannya. hati rasa ingin menangis. terima kasih Allah. hamba ini masih kekurangan, tapi masih punya kelebihan banyak di kalangan mereka yang kekurangan. itupun, masih tidak mampu bersyukurkah? kerasnya hati. T_T

dan hari ini, jet-jet pejuang masih berlegar-legar di ruang udara jordan. terbang dengan kelajuan yang tinggi. dan pastinya sangat menyeramkan kami, dan siapa sahaja yang melihatnya. tapi itupun masih belum kupasti, jet pejuang hak negara jordan yang sedang bertugas menjaga ruang udarakah, atau jet pejuang pihak musuh, yang berdendam benar dengan orang islam. itu tidak dapat ku pasti. tapi dunia sekarang sudah benar-benar kejam. tiada perikemanusiaan, tiada belas kasihan. Allah. Engkau yang Maha Tahu.

cuaca juga seakan faham, dengan kekejaman dunia yang semakin parah. entah kenapa, peralihan musim bunga ke musim panas yang sepatutnya tiada hujan, boleh dikatakan agak berlarutan. sudah beberapa hari sah'ra ini dilanda hujan.padahal, terlalu mustahil dengan suhunya yang sudah agak menjangkau tinggi. ini kuasa Tuhan, kan. ribut pasir, ribut guruh. semua seperti sedang bergaduh, berebut, ingin memenangi keadaan. ini benar-benar kuasa Tuhan. dan serasaku, dunia ini semakin pelik dan tidak benar. ini sungguh-sungguh kuasa Tuhan. Allah.

ribut, guruh, petir dan kilat sabung menyabung. dan lagi skali, aku rindu seorang sahabat. entah apa keadaannya skrg, kami sudah terlalu lama terputus hubungan. aku ke sini dan dia masih di sana. ditempat lama, namun tempat yang barokahnya tetap bersama. dia hafizah. dan aku berharap aku juga mampu sepertinya kelak. dia baik, dan aku berdoa semoga aku mampu menjadi insan sebaiknya. aku terlalu rindu, dan aku masih mengharap, supaya Engkau takdirkan pertemuan yang mengikat kembali persahabatan yang begitu lama terbiar. Allah ma'ak, ukhti habibti. doakan aku kuat, walau tak ada kamu di sisi. doakan aku sabar, sepertimana yang selalu kau ajar. doakan aku istiqamah, sepertimana aku belajar darimu tentang istiqamah. doakan aku menjadi yang terbaik, sepertimana semangatmu yang selalu mendorongku dikala aku tengah nanar. ikatan sahabat itu kuat, bila masing-masing bersahabat kerana yang Maha Kuat. Allah tahu, sebanyak mana aku rindukan kasih sayang dan kekuatanmu, dan semoga Dia sampaikan kepadamu, sebuah rindu seorang sahabat ini, agar kau kembali teringat aku, dan kau kembali mendoakan aku agar sentiasa tabah dan kuat.
T_T

Khamis, 9 Mei 2013

mereka-mereka~

bismillah.. 
subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar. untaian secebis rasa syukur buat yang Maha Tahu tentang semua. yang membolak-balikkan hati manusia. yang mengurniakan apa sahaja buat hamba, paling tepat pada waktunya.

sahabat,
Allah takkan biarkan hambanya menangis. menangis kerana tiada sebab apa-apa. melainkan ada nasihat tersembunyi di baliknya. untuk hamba yang berfikir, pasti akan rasa itu semua. untuk hamba yang besyukur dengan apa yang ada, pasti iman yang secubit bertambal sejengkal,sedepa dan mungkin sebanyak-banyaknya. itu semua rahsia Dia. tersingkap bila? bila waktunya sesuai untuk kita. Allah itu penuh kasih sayang. 

tadi terjadi takdirnya. alhamdulillah. semua memang bukan tentang aku. tapi terkadang kita salah menilai peribadi orang. terkadang pula kita tersalah mentafsir wajah suci seseorang yang lain. yang kita kira jahat mengalahkan gangster, kadang itu yang ternyata jauh lebih baik dari diri kita. 

pulang dari kuliah, bas sudah menanti. dan aku memilih tempat duduk yang cukup untuk seorang. rasa ingin berfikir. rasa ingin muhasabah atas semua cerita yang kudengar tadi. naifnya hamba Allah ini, hingga semua yang terjadi di celah-celah kesibukan semua orang, langsung aku tak terima berita. langsung tidak cakna. begitukah maksudnya? rasanya sudah selalu keluar bergaul, bercanda. tapi adakah yang masih tertinggal, masih tidak betegur sapa. mungkin ya. 

baru sebentar rasa hati semakin tidak terjaga, iman semakin berkurang tingkatnya, syaitan sudah mendabik dada. lalu Allah beritahu kejadian ini dan itu, yang telah terjadi di masa lalu antara mereka-mereka itu. yang langsung tak tersangka.  mereka di sini, mereka di sana, mereka yang sudah menjauh sana, dan mereka-mereka yang lagi menjauh di sana. ramainya. ramainya mereka. kenapa begini siswa siswi negara tercinta? yang pulangnya kita nanti untuk mendidik anak bangsa? aku yang menyesali perbuatan mereka. ramai lagikah yang peduli? ramai lagikah yang sudah cakna? dan paling penting ramaikah yang cuba banteras mereka-mereka? adik kakak, begitu banyak cerita, masih tak mampukah kita ambil iktibar dari cerita mereka? 

alhamdulillah, tadi juga sahabatku terluah secara tidak sengaja. sakit hatinya dia melihat mereka. sedihnya dia melihat mereka. tapi akhirnya apa? di akhirnya, cerita cinta mereka berakhir dengan jodoh yang telah Allah tetapkan. jodoh itu kuasa Dia. kita siapa ingin meneka-neka? hingga begitu ramai yang terlena kerananya. bercinta entah dengan siapa-siapa, tapi akhirnya, kita dengan siapa? jodoh yang Allah tetapkan untuk kita. kadang hanya depan mata. kadang dialah yang sebelumnya menjadi perantara.

Allah. terasa insaf seketika. malunya dengan Dia. kerana hati terkadang naik turun imannya. kerana hati kadang mudah kagum dengan kelebihan manusia. mudahnya manusia. mudah benar tergoda dengan pujuk rayu sang syaitan durjana. mudahnya jatuh bila nafsu sudah menyintai dunia beserta isinya.Allah, pelihara hati hamba, adik-adik kesayangan hamba, sahabat-sahabat sejati hamba. moga hati tak mudah tergoda dek tipu daya dunia. moga hati kami terus thabat dalam mendamba cinta yang maha Esa. pelihara kami dengan kasih-sayangmu Allah. pelihara kami dan setiap anak cucu adam yang masih tersisa. pelihara kami dari setiap inci sudut dunia yang membawa bahang neraka. kami takut. 

rindu seorang sahabat a.k.a teman seperjuangan. kerana cinta dimatanya hanya cinta yang Esa. cinta dunia hanya sampah semata. cinta Allah, cinta rasul, cinta ibu bapa, cinta keluarga, cinta sahabat, itu yang terutama di matanya. bukan cinta yang bersandar kepada dunia semata. kalaupun ada, hanya cinta seorang manusia yang terlebih dulu mncintai rabbnya. itu prinsipnya. hingga dia berrjaya tidak memandang cinta dunia. sahabat. aku di sini hanya berseorangan.tak mampu mengajak mereka. tak mampu melawan mereka. jauh lagi mendidik jiwa dan hati-hati mereka. sudah kucuba, tapi pergaduhan pengakhirannya. sungguh hati ini sering gundah gulana. sudah biasakah itu bagi mereka.entah. belum kujumpa jawapan untuk itu.

tapi dengarkan sahabat. aku rindu cinta dan kasih sayangmu. yang selalu buat aku kuat. bukan itu sahaja. aku masih igt, suatu ketika, aku takut,yang teramat. guruh dan kilat berdentuman,berlumba-lumba siapa cepat. malam hitam pekat, tanpa cahaya. tanpa apa-apa sinar. dan kau memelukku erat. langsung tak lepas, dan kau berkata-kata semangat, langsung tak menjauh. dan sesudah cahaya kembali seperti biasa, aku lihat wajahmu merah-merah, tanganmu merah-merah. aku ma'ruf, nyamuk mmg suka dengan darah manismu yang hangat.tapi kerana pelukan ketakutanku yang teramat kemas dan erat, kau tak dapat bergerak. itupun kau masih rela. itupun kau masih senyum gembira, kerana aku sudah kembali seperti biasa. aku rindu.. demi Allah rindu yang teramat. sahabat, doakan semoga aku kuat. aku menegah, tapi terkadang aku terfikir kembali, akukah yang kolot tanpa bergerak seiring masa yang berlalu pantas. aku rasa terasing.aku rasa... hmm.. entah. yang pasti, aku tak kuat, sekuatmu sahabat. semoga Allah sentiasa memberkatimu apa pun jua yang kau perjuangkan. kerana aku tahu isi hatimu. aku tahu tujuanmu. aku tahu kecintaanmu. Allahu yubarik fik.. salam sayang kerana Allah.

jika benar cinta, pasti ingin bersama ke syurga. apa-apa yang yang membawa ke neraka, itu bukan cinta.
-secebis kata seorang teman-