Sabtu, 25 Mei 2013

seakan menunggu waktu derita

bismillah..

sepertinya hati sudah lama memendam rasa. tapi baru hari ini punya kekuatan untuk sedikit coretan, memandangkan wall blog sudah lama dihiasi habuk2 debu padang pasir yang berterbangan.

alhamdulillah, sudah habis sem 2 untuk tahun dua di sini..insha Allah masih akan berbakii dua tahun lagi. dan semoga Allah sentiasa tidak lupa menitipkan nikmatnya tiap masa. walau hambanya ini sedang bergelut duka, walau hambanya ini bersuka ria. dan alhamdulillah, setakat ini, masih Allah tak henti kurniakan nikmatnya, walau hamba yang hina ini terkadang lupa.

masa semakin pantas bergerak. berlari, berkejaran tanpa menunggu manusia yang alpa. masih berbaki beberapa hari untuk pulang ke malaysia. negara tercinta. saat yang ditunggu, saat yang dirindu. tapi, dalam suka, ada peristiwa yang bakal meruntun hati dan jiwa. 2org housemate bakal berpindah ke penempatan lain. meski tak jauh, hati tak lari dari rasa kecewa. sudah cuba, tapi sebak tak habis-habis cuba menyempitkan dada. dah cuba tak menunjukkan rasa kecewa, tapi riak muka sering berkata hati yang di dalam ini berdusta. ahh..dusta.  tapi itu untuk mereka.biar tak merasa terbeban dengan apa yang kami rasa.

aku dan rumate. aku kakak, dan dia adik. tapi selalu punya fikiran yang sama. hobi sama, keinginan sama, cara berfikir sama, perangai hampir sama, ke mana sahaja selalu sama-sama,makanan kegemaran sama, sampai tahap, apa yang aku fikir, dia pon fikir bnda sama.. masing-masing kadang boleh baca perasaan dan fikiran masing-masing.  ke mana-mana, orang pasti lihat kami berdua.dan pastinya kami sering berkongsi masalah dan pendapat. dia faham aku, dan aku faham dia. kerana cara kami berfikir sentiasa sama. sangat sama! sehingga terkadang aku sendiri tak temui punca terhadap benda aneh ni. apa yang aku rasa nak makan, dia juga rasa, cuma tinggal suarakan je hasrat masing-masing.then,salah sorang akn tergelak, sebab rasa nk makan benda yang sama. nak bagi pendapat, ehh, pon sama. terfikir nak g pasar, dia pon terfikir sama.. kadang, sama-sama bangun dari katil, sebab nak ambik benda yang sama. sebagaimana mana pasangan kembar, itu yang terjadi kepada kami. aku terbatuk dalam bilik, kejap lepas tu, dia terbatuk dari dapur. ahh. sangat aneh. banyak lagi benda yang aku sedar byk sama ngn dia, tapi xcakap. sebab rasa mcm xlogik di fikiran siapa yang mendengar. hmm..entahlah. nak percaya, percaya. tak nak, sape pon xboleh paksa. dan aku hanya sekadar bercerita. kagum dengan takdir Allah. entah bagaima mana kami boleh punya hampir kesemua sama, sedangkan umur kami 2tahun berbeza, dan dia anak kelahiran selangor, sedangkan aku, jauh ke pantai timur.dan mgkin ad satu lg y berbeza, aku tinggi, dan dia agk genit, tapi tetap comel mengalahkan budak kecik darjah dua.

dia sudah aku anggap seperti adik-adikku. dia seperti kak teh yang sentiasa melayan setiap kerenahku, baik yang buruk, yang nakal..semua dia layan. dia dah aku anggap seperti kak yah, yang selalu aku ikutkan kemahuannya. kalau boleh, aku mahu dia dapat yang terbaik. kadang, kemahuannya lebih aku turutkan, berbanding kemahuan aku, dan dia selalu aku lindungi sepertimana aku selalu lindungi adik ain. ke mana dia ingin pergi, aku temankan.dan ke mana aku pergi, dia turutkan. dia seorang sahabat, tapi juga sudah seperti seorang adik yang dengannya aku berlatih menjadi seorang kakak yang sabar untuknya, seorang kakak yang prihatin terhadap semua keadaannya, seorang sahabat yang mampu dengar masalah dan cerita-ceritanya, dan semua benda. bahkan banyak yang sudah aku belajar darinya, kerana dia seorang yang benar-benar matang, aku belajar tentang banyak perkara.

tapi semua nanti bakal berubah sepenuhnya. dia salah seorang antara dua orang housemate yang bakal pindah. sudah aku nyatakan, meski tak jauh, tapi hati tak lari dari rasa kecewa. T_T

first time kami terima berita, aku berlagak tabah. seperti tiada apa-apa. terus ke dapur, memasak untuk makan tengahari kami. tangan 'mengusik-usik' lauk atas dapur, tapi fikiran entah melayang ke mana.
belum siap sepenuhnya, terus bersiap-siap. mahu cepat-cepat meninggalkan rumah buat seketika. sebabnya hati rasa tak kuat memandang wajah mereka. akhirnya, ayam masak merah dalam kuali bertukar jadi ayam bakar yang kering kuah. 'nasiblah korang. akak tak makan kt rumah hari ni'. keluar rumah, niat menziarah seorang sahabat yang baru selesai dibedah di daerah lain. aku dan empat sahabat lain berjanji berjumpa di stesen bas. dalam bas, aku memilih duduk sorang-sorang. berfikir sebagai seorang yang matang.berfikir sebagai seorang yang lebih tua dari mereka. sejenak, melayang-layang kenangan-kenangan pahit manis, mengusik tangkai fikiran, menyerbu jiwa yang meruntun perlahan.

Allah engkau dekat, penuh kasih sayang. tak kan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis.

tanpa sedar, air mata mengalir perlahan.hah! ini padahnya melayan lagu-lagu opick!

sekembalinya dari melawat sahabat, aku mendapat panggilan telefon, mengatakan hari ni ada latihan seni pertahanan diri.kasihan jika dibiarkan mereka bersendirian di sana, padahal aku punya tanggungjawab mengurus  mereka, membantu.selagi mana mampu. keletihan sebenarnya, hampir setengah hari bermusafir, tetiba pergi training. tapi tak kisah, asalkan tak pulang ke rumah! balik hampir maghrib, usai solat, terus ke kelas tutorial.hingga lewat malam. hampir pkul 12 rasanya. tapi biarlah, asal tak perlu menatap wajah mereka. sampai rumah, tukar baju, tutup lampu, tidur. tak jumpa sape-sape.tak sembang-sembang dulu sebelum tidur, seperti hari-hari sebelumnya.

diorang tanya, "akak tak sihat ke?"
iyekan aje.

hari-hari selepasnya, masih begitu, tapi sudah mula berbicara seperti biasa dengan mereka. walau hati tak mampu pon nak tatap barang-barang kepunyaan mereka.walau hati sebenarnya tak rela. nasib baik tengah fatrah exam.mereka pon tak sempat menduga, bahawa aku sebenarnya sedang kecewa. kerana masing-masing sibuk dengan buku masing-masing, .seperti tempoh exam yang sebelumnya. sunyi rumah. sunyi suasana. sunyi juga hati yang sedang berkelana.baca buku, tapi air mata masih bertitik-titik atas buku. baca buku, tapi langsung tak masuk kepala. tapi kena! sebab ini last exam untuk tahun dua.huh! penat bergaduh dengan perasaan.

astaghfirullah. patutnya bukan begini cara aku. redhalah. kerana setiap pertemuan ada perpisahan. itu syarat pertemuan. kalau xmampu, mustahil Allah takdirkan begitu. kan?

nasib baik masih ada seorang sahabat, sentiasa beri sokongan. bila rasa tak tertanggung, dia ada, sedia beri kekuatan. bila rasa sikit lagi nak jatuh, dia ada, sedia menyokong dari belakang. Allah, terima kasih.

kenapa adanya persamaan? bilamana nanti Allah akan tetap memisahkan. kerana setiap pertemuan ada perpisahan. tak kira serapat mana, seerat mana. kerana Allah ingin kita sedar, bahawa tak ada benda yang kekal, yang selamanya berada bersama kita. yang kita kira pada awalnya akan terus sahaja akan bersama kita ke titik perjuangan yang akhirnya. tetap sahaja ada yang bakal berubah, tetap sahaja ada yang yang akan terpisah. kerana Allah inginkan yang manis dan terbaik dalam tempoh musafir ini. kerana Allah ingin selitkan banyak hikmah dalam perjuangan musafir di tanah tandus kering ini. kata kita ini hamba Allah yang mengaku beriman. pasti dititipnya ujian. kan? pasti diberinya dugaan, uji sejauh mana pengakuan setia kita dengan Tuhan. pasti. tipu kalau sepanjang jalan juang tak terselit kepayahan. pasti ada yang perlu dirempuh dengan hati tabah, dengan kekuatan iman.

semalam, untuk tidak membiarkan cuti yang ada 'membunuh' masa lapang, aku baca kisah sejarah. tentang perjuangan seorang pedang Allah, Khalid al-Walid. bangga rasanya islam pernah ada pejuang sehandal itu. sayu rasa, bila jihadnya hanya untuk Allah semata. tapi kita, bagaimana? ada dua peristiwa yang rasanya sedikit menenangkan emosi. pertama, kisah beliau dipecat dari ketua panglima perang, ketika sedang berjihad menjatuhkan kerajaan Rom, yang semenjak Rasulullah masih ada, mereka sangat-sangat membenci islam. yang angkuh dengan empayar besar mereka, yang langsung tak mahu tunduk dengan agama Allah yang bersifat menyamaratakan taraf manusia. keadaan sedang menekan, tentera islam yang berjuang dengan hanya bilangan pejuang yang sedikit, berdepan dengan tentera kerajaan rom seramai 240 ribu orang tentera. Allah. berkali-kali ganda. keadaan menekan, tiba-tiba, seorang utusan datang, meminta izin berjumpa ketua panglima. surat itu sulit, dia memohon izin supaya hanya ketua panglima perang itu yang menerima berita. menurutnya,ada dua berita sedih, dan ada dua berita gembira. kata khalid al-walid, "sampaikan dahulu berita sedih, biar nantinya aku terubat dengan berita gembira". lalu utusan itu mengkhabarkan, sayyidina Abu bakr, khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah telah meninggal dunia. khalid al-walid masih tetap begitu tenang menerima berita pemergian khalifah yang disayanginya. "khabarkan pula kepadaku berita gembira." lalu utusan itu memberitahu bahawa umar al-khattab telah dilantik menjadi khalifah yang baru dengan persetujuan semua.
"alhamdulillah. sayyidina umar memang orang yang paling berhak menerimanya. khabarkan pula kepadaku tentang berita sedih yang lainnya". lalu utusan itu terdiam seketika.
"semoga engkau menerimanya dengan hati yang tabah. khalifah umar telah memecatmu dari jawatan ketua panglima perang". wajah khalid al-walid masih tetap tenang. "aku menerimanya dengan hati yang terbuka. kerana aku tidak sekali-kali berjuang utk khalifah.aku berjuang hanya kerana Allah.jawatan dan pangkat, semua itu hanya dunia.bahkan aku akan dipertanggungjawabkan dengan setiap jawatan dan amanah yang diberikan kepadaku.khabarkan kepadaku berita gembira itu" lalu, utusan itu memberitahu, "jawatan tuan akan diganti dengan Abu Ubaidah bin Jarah". wajah tenang pahlawan pedang Allah itu masih sangat tenang,bahkan langsung tak terasa dengan pemecatan jawatan beliau, di tengah-tengah keadaan musuh yang menekan. di tengah keadaan yang kacau bilau. beliau masih menerima apabila abu ubaidah mencadangkan bahawa pemecatan dan perlantikan itu tidak diberitahu kepada tentera, kerana bimbang tentera-tentera islam akan berputus asa.

peristiwa kedua, masih dalam sekitar perang yarmouk, tentera islam masih berhadapan dengan tentera rom yang sememangnya gagah di mata dunia waktu itu. keadaan masih tidak reda. lalu ikramah menyalakan semangat kaum islam. dia merempuh pasukan tentera musuh, bersama beberapa orang tentera islam lain seperti harith bin hisyam, bapa saudara ikramah.mereka menabrak semua yang ada, hingga keadaan musuh menjadi kucar kacir. dan tentera islam memanfaatkan keadaan yang ada. hasilnya, kekuatan tentera rom berjaya dipecahkan dan ramai dari kalangan mereka dibunuh,,akan tetapi ramai juga y tercedera..antaranya adalah, ikramah, ayas dan harith bin hisham. tiba-tiba, ikramah berpuas hati kerana usahanya memusnahkan pihak musuh berjaya dan rasa bersalahna kepada baginda kerana bermatian-matian memerangi tentera islam ketika perang uhud dan beberapa perang lain. seketika kemudian, harith yang berada di sebelah ikramah meminta air kerana terlalu haus. lalu, tentera yang bertugas bergegas menghantar air kepadanya. baru sahaja khalid al-walid memberi harith minum, ayas yang berada di sebelahnya turut meminta air, lalu panglima harith tidak jadi minum dan menyuruh khalid al-walid memberikan air kepada sahabatnya dulu. baru sahaja air hampir dituangkan ke dalam mulutnya, ikrimah turut meminta air kerana terlalu kehausan. ayas tak jadi minum air itu dan disuruh sahabatnya itu diberikan air terlebih dahulu. lalu, khalid al-walid berpaling untuk menuangkan air ke dalam mulut panglima ikrimah, panglima harith sekali lagi bertanya, "masih adakah lagi air untukku.aku terlalu dahaga. panglima ikrimah juga tidak jadi meminum air dan menyuruh sahabatnya didahulukan. baru sahaja khalid al-walid berpaling ingin menuangkan air ke dalam mulut harith, dilihatnya harith telah menghembuskan nafas yang terakhir, dituruti ayas, dan kemudian ikrimah. ketiga-tiganya tidak sempat meminum air kerana sifat ithar yang sangat tinggi dalam diri masing-masing. tentera islam sangat kagum dan sangat terkesan dengan peristiwa tiga sahabat itu.

Allah. apakah ujian ini lebih tinggi dari mereka? tidak. jauh sekali. jauh berbeza. tidak terbanding.
namun, sifat ithar, membuatkan mereka menerima segala apa yang Allah tentukan dengan rela hati. apatah lagi dengan rasa terpaksa. jauh. teramat jauh bandingannya dari mereka. jadi, apa alasan untuk diri tidak belajar menerima. apa alasan diri untuk tidak redha dengan ujian Tuhan. Allah.. T_T

"Allah tidak akan meninggalkan orang-orang mu'min dalam keadaan yang kamu sedang berada, sehingga dia memisahkan yang buruk dari yang baik, dan Allah tidak memberitahu kamu yang ghaib, tetapi Allah memilih daripada rasul-rasulNya siapa yang Dia kehendaki. Maka percayalah kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan jika kamu mempercayai dan bertaqwa, maka bagi kamu upah yang besar"
ali-imran:179


::mungkin.. ini sebenarnya bukan tentang persamaan kami, tapi sedikit perbezaan yang ada pada diri kami::


jadi, terima seadanya, jika perpisahan itu masih mampu meneguhkan persahabatan kami, dari terus tetap berdekatan, tapi hati sudah saling tak memahami.jadinya, aku hanya menunggu hari yang menyakitkan itu.  menanti hari-hari kelam yang rasa bakal menyesakkan dada.dengan mempersiapkan hati untuk tidak terluka lagi, untuk belajar mengeraskan hati, supaya tidak menangis di hadapan mereka nanti. lagipun, mereka punya tujuan yangg lebih penting, untuk ummah dan masa depan. :)

Allah, aku menanti hikmah dariMu, andai ini benar-benar yang terbaik pada pandanganMu, meskipun ia kurasakan terbaik pada pandanganku. Engkau jauh lebih tahu, walaupun doaku bisu. Engkau jauh lebih tahu apa yang selayaknya untukku. xsabar ingin mengetahui apa hikmah yang Kau selitkan disebalik kepayahan yang terselit dicelah lipatan ujian.
Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang :)

Isnin, 13 Mei 2013

syria, apa rasa mereka~

bismillah.
Allah yang Maha Pemurah. Allah yang Maha Penyayang.
ini hambaMu. yang penuh dosa noda. pandanglah hamba, walau dosa tak pernah lekang dari jiwa, perbuatan, malahan juga kata-kata. pandanglah hamba, walau seringkali menjauh dan terjauh dari arah yang sepatutnya. Allah, Engkau dekat.

rasa takut dan sedikit gentar tak lekang dari jiwa rasanya. jordan telah membuka jalan udara bagi mereka-mereka yang mahu menceroboh palestin dari atas. bunyi jet pejuang, tak lekang dari pendengaran. satu demi satu bunyi deruman itu menceroboh telinga kami, yang lantas memberi sedikit rasa gentar dan takut. kami di sini tidak apa-apa, dan setakat ini masih tidak diberi ancaman apa-apa, tapi tiap kali bunyi itu menderum, terus sahaja pandangan terarah ke atas. bimbang, andai ada apa-apa bendasing yang dilepaskan. kami di sini masih baik-baik sahaja, tapi sudah begitu bimbang. apalah rasa mereka yang berada di sana agaknya. yang benar-benarr sedang berjuang di Syria sana. yang seakan menunggu derita. itu jihad mereka! terfikir, bagaimana keadaan sebenar mereka di sana.

dengar-dengar, mereka mengancam jordan, mengecam pelarian syria yang melarikan diri ke tempat kami. sampai begitu sekali kah, ingin hapuskan rakyat mereka? Allah. tiada perasaankah mereka. dengan mata ini sendiri, aku menyaksikan pelarian-pelarian itu. sebahagian mereka berikhtiar meminta sedekah di jalanan, sambil membawa anak-anak yang semakin kurus kering. sambil berpakaian compang-camping. sebahagian mereka menumpang dimasjid-masid atau tempat awam barangkali. subuh, mereka berangkat meninggalkan tempat persinggahan, bimbang diusir umum. pernah ketika ingin bangun untuk solat subuh, aku melihat satu keluarga yang berpakaian agak kotor, membawa deretan anak kecil, bahkan masih punya anak dalam dukungan, membawa beg berat, menuju entah ke destinasi mana lagi. anak-anak kecil mereka merengek, tidak cukup tidur, sudah terpaksa berpindah ke tempat lain. aku kesian melihat mereka begitu.
mereka sudah cukup seksa di sini. kos sara hidup mahal, tapi mereka masih dicari lagi? Allah, apa sudah jadi dengan dunia?

pernah aku melihat mereka menderita, ketika musim sejuk yang mencapai suhu negatif, mereka hanya berbumbungkan khemah-khemah kecil, berlantaikan tanah yang sejuk membeku,tanpa tilam empuk, tanpa bantal yang selesa, tiada pemanas badan, tiada winter coat yang mahal-mahal. pernah juga aku melihat khemah mereka tenggelam dek air hujan yang menimpa,mencurah-curah turunnya. lalu, ke mana mereka berteduh? ke mana mereka tidur? dan aku lihat, mereka masih tetap di situ, mengharung air hujan yang membanjiri khemah-khemah kecil mereka, dan masih tidur di sana. Allah, peritnya rasa. aku yang sudah berbumbungkan rumah yang selesa begini pun, masih susah bangun tidur, kerana sejuk melampau, yang mencucuk-cucuk tulang dalam. mereka? jauh bandingannya. hati rasa ingin menangis. terima kasih Allah. hamba ini masih kekurangan, tapi masih punya kelebihan banyak di kalangan mereka yang kekurangan. itupun, masih tidak mampu bersyukurkah? kerasnya hati. T_T

dan hari ini, jet-jet pejuang masih berlegar-legar di ruang udara jordan. terbang dengan kelajuan yang tinggi. dan pastinya sangat menyeramkan kami, dan siapa sahaja yang melihatnya. tapi itupun masih belum kupasti, jet pejuang hak negara jordan yang sedang bertugas menjaga ruang udarakah, atau jet pejuang pihak musuh, yang berdendam benar dengan orang islam. itu tidak dapat ku pasti. tapi dunia sekarang sudah benar-benar kejam. tiada perikemanusiaan, tiada belas kasihan. Allah. Engkau yang Maha Tahu.

cuaca juga seakan faham, dengan kekejaman dunia yang semakin parah. entah kenapa, peralihan musim bunga ke musim panas yang sepatutnya tiada hujan, boleh dikatakan agak berlarutan. sudah beberapa hari sah'ra ini dilanda hujan.padahal, terlalu mustahil dengan suhunya yang sudah agak menjangkau tinggi. ini kuasa Tuhan, kan. ribut pasir, ribut guruh. semua seperti sedang bergaduh, berebut, ingin memenangi keadaan. ini benar-benar kuasa Tuhan. dan serasaku, dunia ini semakin pelik dan tidak benar. ini sungguh-sungguh kuasa Tuhan. Allah.

ribut, guruh, petir dan kilat sabung menyabung. dan lagi skali, aku rindu seorang sahabat. entah apa keadaannya skrg, kami sudah terlalu lama terputus hubungan. aku ke sini dan dia masih di sana. ditempat lama, namun tempat yang barokahnya tetap bersama. dia hafizah. dan aku berharap aku juga mampu sepertinya kelak. dia baik, dan aku berdoa semoga aku mampu menjadi insan sebaiknya. aku terlalu rindu, dan aku masih mengharap, supaya Engkau takdirkan pertemuan yang mengikat kembali persahabatan yang begitu lama terbiar. Allah ma'ak, ukhti habibti. doakan aku kuat, walau tak ada kamu di sisi. doakan aku sabar, sepertimana yang selalu kau ajar. doakan aku istiqamah, sepertimana aku belajar darimu tentang istiqamah. doakan aku menjadi yang terbaik, sepertimana semangatmu yang selalu mendorongku dikala aku tengah nanar. ikatan sahabat itu kuat, bila masing-masing bersahabat kerana yang Maha Kuat. Allah tahu, sebanyak mana aku rindukan kasih sayang dan kekuatanmu, dan semoga Dia sampaikan kepadamu, sebuah rindu seorang sahabat ini, agar kau kembali teringat aku, dan kau kembali mendoakan aku agar sentiasa tabah dan kuat.
T_T

Khamis, 9 Mei 2013

mereka-mereka~

bismillah.. 
subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar. untaian secebis rasa syukur buat yang Maha Tahu tentang semua. yang membolak-balikkan hati manusia. yang mengurniakan apa sahaja buat hamba, paling tepat pada waktunya.

sahabat,
Allah takkan biarkan hambanya menangis. menangis kerana tiada sebab apa-apa. melainkan ada nasihat tersembunyi di baliknya. untuk hamba yang berfikir, pasti akan rasa itu semua. untuk hamba yang besyukur dengan apa yang ada, pasti iman yang secubit bertambal sejengkal,sedepa dan mungkin sebanyak-banyaknya. itu semua rahsia Dia. tersingkap bila? bila waktunya sesuai untuk kita. Allah itu penuh kasih sayang. 

tadi terjadi takdirnya. alhamdulillah. semua memang bukan tentang aku. tapi terkadang kita salah menilai peribadi orang. terkadang pula kita tersalah mentafsir wajah suci seseorang yang lain. yang kita kira jahat mengalahkan gangster, kadang itu yang ternyata jauh lebih baik dari diri kita. 

pulang dari kuliah, bas sudah menanti. dan aku memilih tempat duduk yang cukup untuk seorang. rasa ingin berfikir. rasa ingin muhasabah atas semua cerita yang kudengar tadi. naifnya hamba Allah ini, hingga semua yang terjadi di celah-celah kesibukan semua orang, langsung aku tak terima berita. langsung tidak cakna. begitukah maksudnya? rasanya sudah selalu keluar bergaul, bercanda. tapi adakah yang masih tertinggal, masih tidak betegur sapa. mungkin ya. 

baru sebentar rasa hati semakin tidak terjaga, iman semakin berkurang tingkatnya, syaitan sudah mendabik dada. lalu Allah beritahu kejadian ini dan itu, yang telah terjadi di masa lalu antara mereka-mereka itu. yang langsung tak tersangka.  mereka di sini, mereka di sana, mereka yang sudah menjauh sana, dan mereka-mereka yang lagi menjauh di sana. ramainya. ramainya mereka. kenapa begini siswa siswi negara tercinta? yang pulangnya kita nanti untuk mendidik anak bangsa? aku yang menyesali perbuatan mereka. ramai lagikah yang peduli? ramai lagikah yang sudah cakna? dan paling penting ramaikah yang cuba banteras mereka-mereka? adik kakak, begitu banyak cerita, masih tak mampukah kita ambil iktibar dari cerita mereka? 

alhamdulillah, tadi juga sahabatku terluah secara tidak sengaja. sakit hatinya dia melihat mereka. sedihnya dia melihat mereka. tapi akhirnya apa? di akhirnya, cerita cinta mereka berakhir dengan jodoh yang telah Allah tetapkan. jodoh itu kuasa Dia. kita siapa ingin meneka-neka? hingga begitu ramai yang terlena kerananya. bercinta entah dengan siapa-siapa, tapi akhirnya, kita dengan siapa? jodoh yang Allah tetapkan untuk kita. kadang hanya depan mata. kadang dialah yang sebelumnya menjadi perantara.

Allah. terasa insaf seketika. malunya dengan Dia. kerana hati terkadang naik turun imannya. kerana hati kadang mudah kagum dengan kelebihan manusia. mudahnya manusia. mudah benar tergoda dengan pujuk rayu sang syaitan durjana. mudahnya jatuh bila nafsu sudah menyintai dunia beserta isinya.Allah, pelihara hati hamba, adik-adik kesayangan hamba, sahabat-sahabat sejati hamba. moga hati tak mudah tergoda dek tipu daya dunia. moga hati kami terus thabat dalam mendamba cinta yang maha Esa. pelihara kami dengan kasih-sayangmu Allah. pelihara kami dan setiap anak cucu adam yang masih tersisa. pelihara kami dari setiap inci sudut dunia yang membawa bahang neraka. kami takut. 

rindu seorang sahabat a.k.a teman seperjuangan. kerana cinta dimatanya hanya cinta yang Esa. cinta dunia hanya sampah semata. cinta Allah, cinta rasul, cinta ibu bapa, cinta keluarga, cinta sahabat, itu yang terutama di matanya. bukan cinta yang bersandar kepada dunia semata. kalaupun ada, hanya cinta seorang manusia yang terlebih dulu mncintai rabbnya. itu prinsipnya. hingga dia berrjaya tidak memandang cinta dunia. sahabat. aku di sini hanya berseorangan.tak mampu mengajak mereka. tak mampu melawan mereka. jauh lagi mendidik jiwa dan hati-hati mereka. sudah kucuba, tapi pergaduhan pengakhirannya. sungguh hati ini sering gundah gulana. sudah biasakah itu bagi mereka.entah. belum kujumpa jawapan untuk itu.

tapi dengarkan sahabat. aku rindu cinta dan kasih sayangmu. yang selalu buat aku kuat. bukan itu sahaja. aku masih igt, suatu ketika, aku takut,yang teramat. guruh dan kilat berdentuman,berlumba-lumba siapa cepat. malam hitam pekat, tanpa cahaya. tanpa apa-apa sinar. dan kau memelukku erat. langsung tak lepas, dan kau berkata-kata semangat, langsung tak menjauh. dan sesudah cahaya kembali seperti biasa, aku lihat wajahmu merah-merah, tanganmu merah-merah. aku ma'ruf, nyamuk mmg suka dengan darah manismu yang hangat.tapi kerana pelukan ketakutanku yang teramat kemas dan erat, kau tak dapat bergerak. itupun kau masih rela. itupun kau masih senyum gembira, kerana aku sudah kembali seperti biasa. aku rindu.. demi Allah rindu yang teramat. sahabat, doakan semoga aku kuat. aku menegah, tapi terkadang aku terfikir kembali, akukah yang kolot tanpa bergerak seiring masa yang berlalu pantas. aku rasa terasing.aku rasa... hmm.. entah. yang pasti, aku tak kuat, sekuatmu sahabat. semoga Allah sentiasa memberkatimu apa pun jua yang kau perjuangkan. kerana aku tahu isi hatimu. aku tahu tujuanmu. aku tahu kecintaanmu. Allahu yubarik fik.. salam sayang kerana Allah.

jika benar cinta, pasti ingin bersama ke syurga. apa-apa yang yang membawa ke neraka, itu bukan cinta.
-secebis kata seorang teman-