Isnin, 25 Jun 2012

mabruk alaikuma, sahabat~

bismillah..


'Jemput semua kawan2 ke Majlis Perkahwinan saya yang akan berlangsung pada 3 syawal. Harap semua dapat datang di hari bahagia ini.'


'tahniah, we share the same date, 3 syawal 1433 hijrah bersamaan 21/8/2012...., semoga bahagia sampai syurga, ameen. =)'


--------------------------------------------------------------------------------------------------
=='    (terkejut.......)
dapat undangan dari dua sahabat.. sama tarikh - 21/8/2012, bersamaan 3 syawal, insyaAllah..
  
xsangka, dah besar kita semua,
tahniah sahabat..! moga bahagia hingga syurga yer..
selamat menempuh alam baru, semoga dengan status anda yang bakal berubah menjadi 'isteri orang' , dapat menambah pahala menuju syurga..


          Dulu main sama-sama, ketawa sama-sama, nangis sama-sama dalam dorm, buat kerja sekolah sama-sama, g sekolah sama-sama, balik sekolah pun sama, makan minum sama-sama, sekarang awak dulu yang bakal melangkah ke dunia baru. semoga dengan pertambahan tanggungjawab, awak xlupakan kami plak nanti.  Lama terpisah, tiba-tiba dapat berita, dah nak jadik 'isteri orang'.. mabruk alaikuma, sahabat..


         Barokallahu alaikuma.. tumpang bahagia sama-sama..  ^_^ 

Jumaat, 22 Jun 2012

pengalaman kecil, berbekas di hati~

bismillahirrahmanirrahim.. ^_^
 subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar..


 Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anh, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah adalah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah Subhanahu wa Ta’ala, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang yang menikah untuk menjaga kehormatannya.” (HR. Thabrani)


       semoga kita sama2 tergolong dalam golongan itu, xmampu benar2 berdakwah dgn dgn cara yang lebih baik, menjadi penulis yang selalu memberi penawar pn mencukupi.. yang penting, hati tidak diam dari amanah sbg tugas khalifah yang di taklifkan dr DIA.. paling kurang, jari-jari kecil ini masih berusaha menari-menari menaip kata semangat dan penawar, merawat hati yang terkadang kotor,terbias oleh pusaran angin kecil yang membawa bersama daun-daun kering sahra'..



 Pengalaman kecil, namun berbekas di hati..

      Time belajar dlm kelas,ade sorang pelajar arab xbawak buku.. lps tu, suka hati je main tarik buku orang, kononnya nak mintak share buku,, tapi dengan cara yang kasar..langsung xmintak, terus tarik je.. buku yang ditarik tu, buku aku, memangla tersangat geram.. Dr yang mengajar xperasan dye xde buku, klu x mmg kena halau dari kelas..DR. tu mmg tegas sket, sape xde buku, 'please get out from my class, or i'll kick you out'- DR. dari London, ngajar madah bahasa inggeris 1..so, xde buku, wt xreti plak, wt  'dono' je, xde usaha nk g beli buku ke, pinjam ke.. haishh, sakit ati tgk dia..kawan sebelah ckp, 'akak, ambik buku akak tu, nnti DR. marah akak..'
serba salah..,
aku tnya bdak arab tu,

 "مش عندك كتاب؟" - awak xde buku?
 "لا.." dengan selamber je jwb..!
 "بدي كتابي" - saya nk buku saya..!

        Isyy...diorang ni, kalau dah yang nakal tu, blh je buat selamber..haishh..geram plak tgk..(tarik muka masam sket, xnak bg muka ngn diorg..)lps tu, dia pn diam je, geram kot.. aku lagi geram! biarlah.. Tiba-tiba, DR. bahagikan kumpulan.. huhh, nsib baik bkn sekumpulan ngn dia.. kulihat dia termangu2 keseorangan,sbb xde buku agaknya, (kesian plak.. tapi biarlah dia, biar lps ni, baru tahu rasa nk g beli buku)..lama berbincang, lupa ngan dia dah..seronok kot dpt kumpulan baru.. tp lama2, orang arab yang sekumpulan dgn aku plak yang biarkan aku sorang2.. dia ckp ngn kwn aku sorang lagi, sbb kedudukanku yang agk jauh.. terdetikk hati nak tengok orang arab yang kubiarkan tadi.. mesranya dia bersembang ngn seorang akhowat melayu (ehh, mudah mesra plak dia ngn orang melayu, tadi bkn main kasar..hmm..) tiba2 rasa menyesal sbb balas kekasaran dia dgn guna kekasaran..teringat kata2.. "orang bagi tahi, biarlah kita bg bunga" biar tahu diri,kita ni menumpang di negara mereka, biar tahu bermuamalat dengan baik, orang masam, biarlah kita senyum, orang berkasar, biarlah kita berlembut..nnti diorang akan sedar sndiri.. Allah, terpukul dengan fikiran sndiri..xnak buat lagi dah lepas ni..


         Cepatnya dapat balasan bila berbuat yang tidak-tidak di negara para nabiMU ini, Allah.. ringkasnya cara ENGKAU mnasihati, tapi penuh dengan hikmah, ENGKAU bagi nasihat dengan cara 'merasa' bagaimana berada di tempat dia (orang arab tadi).. kalau terjadi pd diri sendiri pun, mesti aku jugak berusaha nak duduk dalam kelas. Walaupun xde buku, sekurang-kurangnya dia ada perasaan ingin terus berada dalam kelas, ada perasaan ingin menuntut ilmu.. tapi, aku yang bukan siapa-siapa ini yang terus pandai-pandai nak menghukum dia, walaupun tadi dia sedikit berkasar, itu cara mereka, mungkin.. hmm.. menyesal, Aku pulak telah kehilangan peluang untuk bersahabat dengannya, tiba-tiba terfikir, 'kenapa mmilih cara buruk kalau ada cara yang lebih baik? kenapa memilih untuk marah kalau itu yang menegangkan keadaan? kan blh menasihat..? kan boleh bersahabat..?' yang pastinya berkasih sayang sbg sahabat lebih indah daripada rasa marah yang dilayan, yang pastinya boleh menambahkan titik-titik hitam dalam hati..



       Indahnya berfikir tentang nasihat yang ENGKAU beri sebenarnya, belajar.. belajar mngenal sifat rendah diri di saat orang memperlakukan yang tidak-tidak, belajar menjadi ithar, di saat orang lain x ada apa yang kita ada.. belajar bersyukur semua yang kita ada, bila orang lain ada yang lebih baik.. belajar utk jadi yang lebih baik, walaupun orang lain lebih baik.. sebab, yang Allah tengok bukan pada hasil, tapi pada usaha.. Allah xtengok apa yang kita ada sekarang, sebab semua tu boleh jadi x kan ada lagi dalam sekelip mata, tapi Allah tengok macam mana kita gunakannya, baik atau buruk, sia-sia atau bermanfaat.. kalau bermanfaat, jangan hanya pada diri sendiri, itu sombong namanya, itu pentingkan diri sebenarnya.. memberikan bonus pula kepada syaitan yang makin seronok manghasut diri..Allah xsuka orang sombong, sebab sombong menambah noda hitam dalam hati, menambah sifat riak dalam diri,



       Allah tahu hambaNYA lemah, kerana itu DIA tidak berkira dengan hasil yang kita dapat, tapi sekuat mana titik peluh kita untuk menuju redhaNYA.. belajar semua tu, bukan untuk mendapat kepuasan di mata manusia, tapi di mata DIA...
pintu keampunan Allah terbuka pada waktu malam utk memberi keampunan kepada hamba yang berbuat dosa pada siangnya..
pintu keampunan Allah terbuka pada waktu malam utk memberi keampunan kepada hambaNya yang berbuat dosa pada malamnya..
memang kesalahan itu belum besar seperti dosa besar.. tapi kalau dah bertimbun macam gunung bila kita buat kesalahan setiap hari, pastinya akan menjadi besar juga..
istighfar.. istighfar lagi, dan lagi..
Allah itu Sang Maha mnerima taubat..Allah itu Sang Maha Mendengar doa hambaNya..
sedangkan doa iblis laknat itu pun didengari Allah, inikan pula kita hamba yang siang malam sujud ruku' bertasbih memujiNya, cuma cepat atau lambat..itu pun ada hikmahnya..bila cepat DIA memakbulkan doa kita, tandanya DIA menyayangi kita, kn.. bila lambat DIA memberi apa yang kita doakan, tandanya DIA masih rindu ingin mendengar rintihan hati kita kepadaNYA... bila DIA tidak memberikan apa yang kita hajati,pastinya DIA telah merancang sesuatu yang lebih baik utk kita pada pandanganNYA, bukan sekadar pada pandangan mata manusia..
:: Allah menghampakan hambaNYA, TIDAK SAMA SEKALI ::


astaghfirullah..
semoga jadi pengajaran..
Allah sayang kita, sebab tu DIA bg nasihat, so, apa slhnya kongsi rasa kasih syg tu..
bg jgk kasih syg kita kat orang lain, biar dapat berjiran di syurga nanti..^_^

Jumaat, 1 Jun 2012

daie, begitu rupanya sifatmu


bismillah.. Daie...sifatnya bukan pendendam, mana mungkin seorang daie menjadi pendendam kerana dia akan berhadapan dengan orang yang memusuhinya. Daie...ingatannya sentiasa terpaut pada Rabb, mana mungkin ingatan seorang daie terpaut pada dunia kerana dia bakal menjadi pencinta ilahi. Daie...jasanya perlu kuat, mana mungkin jasadnya lemah kerana dia bakal mengerah tenaga untuk Islam. peringatan buat diri yang lupa ~sedang tuhan tak pernah lupa untuk mencurahkan segala nikmatnya..bahkan tuhan Maha Pengampun diatas segala dosa dilakukan~ copy paste..terima kasih shbt kerana sudi berkongsi~