Isnin, 30 Mei 2011

kau sahabat,kau teman..

telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir y Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati

tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati

sudah ditakdirkan kau pergi dulu
di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
kupasrah di atas kehendak y Esa

Ya Allah
tempatkannya di tempat y mulia
tempat y Dikau janjikan nikmat utk hambaMu
sahabatku,akan kuteruskan perjuangan ini
walau kutahu kau tiada di sisi

perjuangan kita kita masih jauh beribu batu
selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
bagai semalam kau bersama kami

moga amanlah dan bahgia dikau di sana
setangkai doa juga fatihah terus kukirimkan
moga di sana kau bersama para solihin
kau sahabatku kau teman sejati

lagu ini ingin ku tujukan utk seorang sahabatku y telah pergi menemui Illahi,beberapa minggu y lalu
betapa terkejut diri ini..seorang sahabat y sudah lama tidak kutemui..telah dijemputNya..seusia 20 tahun,
seusiaku..sedih menyapa diri,bila seorang sahabat tiba2 tiada di pandangan mata,sedangkan dulu sahabat itulah y sering diajak bersenda..teringat waktu2 dulu..kami beramai-ramai dtg ke rumahnya utk menyambut majlis hari lahirnya..teringat kenangan2 dulu,sewaktu kami semua masih bersama..alfatihah utk beliau.. moga dia ditempatkan bersama para solihin...

             Itu takdir Allah..jodoh,ajal,maut..semua Dia y tentukannya..tiada kudrat bagi kita utk menahannya...
siapalah kita..hanya seorang hamba..

              Sahabatku itu,seorang ikhwan..dari dulu,wajahnya sentiasa pucat,tanda tidak berdaya..tp orgnya sentiasa kuat dan tabah..sehingga kami lupa keadaannya y sakit..Dia meninggal kerana sakit ~ada batu dlm hempedu..perit terasa bila kutahu tentang saat kembalinya dia ke rahmatullah..tiada ibu y berada di sisi..hanya seoarang ayah y terumbang-ambing menguruskan anak2 seorang diri..biarlah..mungkin itu y terbaik utknya..Allah lebih apa y terbaik bg hambaNya..

              Sedarlah wahai diri,bila-bila waktu kita boleh kembali kepadaNya..Sedarlah wahai diri.. bersihkan hati,sucikan nurani... siapalah diri ini,hanya seorang hamba y hidupnya berlumur noda...Allah,Engkau lebih mengetahui apa y ada dlm hati ini..Ampuni hambaMu ini y selama ini jauh drMu.. Ampunilah,Ya Ghaffar..
kasihani kami y selama ini lalai drMu..Moga hidup kami senantiasa diiringi rahmat,berkat,keampunan dan kasih sayangMu,Ya Rabbi.. Amin Ya Rabbal Alaminn..         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan