Ahad, 3 Julai 2011

ingatlah Allah dlm hatimu..

Bismillah…
Dgn namaNya ku mulakan bicara..ku doakan rahmat dan maghfirahNya mengiringi setiap insan y sudi singgah di sini utk berkongsi apa y terlahir di fikiranku ini..syukran buat kalian..
Seorg teman telah memberikan ku sebuah kata-kata y sgt indah..begini kata-katanya:
kasih sayang Allah xkan dirasai tanpa ujian,
xkan dirasai kehambaan tanpa munajat,
xkan dirasai keinsafan tanpa muhasabah,
banyak mana ujian,banyak itulah kasih sayangNya kepada hambaNya..

Teringat pula kata2 seorang trainer di sebuah training kecerdasan emosi dan spiritual, beliau berkata,
“tabahlah menghadapi ujian.ujian itu tandanya Allah menyayangi kita sbg hambaNya.Jika kau seorg y gagah,tp kau masih diuji,ingatlah kisah Nabi Daud y gagah,tp tetap cinta kepada Allah. Seandainya engkau seorang y sentiasa lemah xberdaya,sakit, ingatlah Nabi Ayub y mempunyai penyakit y teruk,tp tetap cinta kepada Allah..jika kau seorang y cantik rupawan,jgn merasa sombong,bahkan ingatlah Nabi Yusof y rupanya sgt indah,sgt kacak,tetapi tetap cinta kepada Allah..Jika kau seorang y kaya,jgn merasa bongkak,tp ingatlah akan Nabi Sulaiman y kaya raya,mempunyai kerajaan.tp tetap cinta kepada Allah.. jika kau punya segalanya,igtlah Nabi Muhammad SAW.nabi dan Rasul kita..baginda mempunyai rupa y sgt menawan dan kacak,baik budi pekerti.sentiasa diberi ujian kepadanya,gagah perkasa..tp baginda tetap cinta kepada Allah..segala apa y ada pd diri kita adalah ujian..cantik,kaya,apatah lg kepayahan hidup y kita lalui sepanjang perjalanan hidup kita..tetapi apabila kita mencintai Allah,kita pasti akan merasa bahagia,walaupun disaat kita diuji..kita akan tetap merasa bahagia kerana kita yakin akan cintaNya.. kita yakin apa y diberikan utk kita adalah y terbaik,kerana kita tahu Allah lah y paling tahu tentang segalanya..”

Subhanallah,Maha Suci Allah..betapa hebatnya Allah..

Ingatlah Allah dlm hatimu,nescaya tiada duka utkmu..
Ingatlah Allah dlm hatimu,nescaya musibah dunia tiada buatmu..
Kelmarin Allah membantumu,percayalah..
Hari ini,esok dan selamanya Allah tetap membantumu..
insyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan