Bismillah…
Tunjangkan resahmu di dada solat
Himpunkan peritmu digenggaman doa
Tutupi kekecewaan dengan taqwa
Nilailah kesucian diri dengan keikhlasan hati
Dia sedar,dia hanya insan biasa
Yang hidupnya penuh suka dan duka
Hidupnya terasa bagaikan sebuah roda
Yang terkadang berada di atas,terkadang pula di bawah
Bila di atas,dia bahagia dgn keindahan dunia y sementara
Bila di bawah,merintih pd y Maha Esa
Adilkah itu? Sebagai seorang hamba?
Adilkah bila seorg hamba memperlakukan begitu kpd Penciptanya?
Siapa dia di hadapan Penciptanya?
Sehingga mampu berjalan dgn angkuh dan sombong di atas muka bumiNya
X sedar diri yang semakin menjauh dr Tuhannya
X sedar jiwa y tandus dan semakin dahaga
Akan cinta sang Pencipta
Siapa dia?
Saat tercari-cari siapa diri
Takdir membawanya ke sebuah suasana
Tenang..tenteram..indah..
Di situ dia belajar..
Dia belajar apa itu ikhlas..dia belajar apa itu redha..
Dia belajar apa itu cinta Sang Maha Pencipta
Saat mata hati melihat kebesaran Dia y Maha Kuasa
Dia belajar apa itu syukur
Dia baru sedar,dia bukan sesiapa sesungguhnya
Dia hanya seorang hamba
Hamba..hamba..hamba..
Sungguh selama ini mata hatinya buta
Buta menilai kebesaran Penciptanya
Kenapa?
Kerana dia lebih memilih dunia
Astaghfirullah..
Speechless..xterkata rasanya..
Sungguh..demi Allah..
Dia selama ini sombong
Merasa diri y paling sempurna
Merasa diri paling berhak buat segalanya
Tapi apa?
Hakikatnya
Dia hanya seorg manusia y xberdaya
Lemah..hina..
Dia melihat lagi kebesaran Penciptanya
Langit y terbentang luas tanpa tiang
Alam semesta y indah terbentang
Astagfirullah
Terasa kecil dirinya
Terasa kerdil dirinya ditengah-tengah kebesaranNya
Dia belajar lagi
Allah itu Maha Pengampun kpd y memohon taubat drNya
Dia berdoa..terus berdoa..terus berdoa..
Terasa diri y penuh berlumur dosa
Y tadinya penuh resah
Semakin tenang dgn janji Penciptanya
Terasa diri y tdnya jauh
Semakin yakin dgn cintaNya
Terima kasih ya Rahman
Kau berikan dia hidayah dan petunjukMu
Kau pilih dia utk berada pd landasanMu
Subhanallah..syukur buat Dia y Maha Kuasa..
Ketika orang lain bergantung pada dunia,gantungkanlah dirimu hanya kpd Allah
Ketika org lain merasa gembira dgn dunia,jdkanlah dirimu gembira kerana Allah
Ketika org lain merasa bahagia dgn kekasih mereka,jdkan dirimu merasa bahagia dgn Allah
Dan ketika orang2 pergi menghadap raja2 dan pembesar2 mereka utk mengais harta dan mencintai mereka,jdkan dirimu betul2 mencintai Allah
~Ibn Qayyim~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan