Bismillah..
Segala puji hanya bagi Allah..
Segala keagungan hanya milik Allah..
Moga Dia bimbing hati ini.terus berusaha mencari redhaNya ditengah-tengah lautan manusia..
Yang imannya senantiasa turun naik..Hanya Dia yang berkuasa memberi petunjuk buat sesiapa yang dikehendakiNya..hanya Dia juga yang berkuasa memalingkan sesiapa yang dikehendakiNya.. moga kita semua di bawah lindungan rahmatNya..amin..
Rasanya belum terlambat berkongsi cerita mengenai eidul adha yang penuh kesunyian tahun ini.. tadi kami bersama-sama ke masjid di zarqa’.. solat isya’ bersama-sama..kemudian megumandangkan takbir raya bersama-sama..siap ad y versi melayu lagi..mmg dikhaskan utk pelajar melayu pn..subhanallah.. takbir raya yang selama ini terasa biasa-biasa je,tiba-tiba bertukar sebak.huhh..entahlah..suara imam yang mengumandangkan takbir raya tadi mcm biasa didengar je..tiba-tiba teringat abah di kampung.time-time raya mcm ni,abahlah orangnya yang bertakbir di malam raya,di pagi raya,mengimami penduduk-penduduk di situ..mcm mana diorang agknya esok yep..huhh..rindu sgt2..ma pun sama..adik2 pn sama.. subhanallah..tapi sorang pn xmenangis td.. sbb? Semua orang cm nk tahan je..simpan kemas-kemas dlm hati walaupun sedih,kn..smpaikan xde sorang pn yang nangis td..ade je y Nampak tertahan-tahan..ntah la,td baru mlm raya..kott..esok xtauu la plak mcm mna suasananya tu.
Tadi ada dua adik beradik duk depan sy..mula-mula biasa2 je,tapi bila takbir makin rancak,si adik tiba-tiba letakkan kepalanya atas bahu si kakak..bkn sedih,Cuma bergurau manja,barangkali..si kakak plak mengelak sbb nk hayati takbir y sedang dikumandangkan.. bila tgk situasi tu depan mata,tiba-tiba teringat plak adik kt rumah..selalu je gaduh2 cm tu dgn adik-adik kt rumah..tp bila dh jauh,terasa plak rindunyer..huhh..tahan..
Tapi sy xmahu jd org yang xbersyukur..sbb,Allah xsuka orang yang xbersyukur dgn nikmatNya.. mungkin tatkala keluarga sedang meriah menyambut kedatangan eidul adha di kampung,ada sesuatu yang masih mampu gembirakan hati sy kt sini..mungkin ada sesuatu yang Allah dah tetapkan utk saya kt sini,tadir yang terbaik..kita xtau kn,apa y Allah tetapkan utk kita..mmg..kita xkan tau,smpailah satu masa kita mendapatkannya,baru kita akn sedar,pemberian itu sebenarnya yang terbaik utk kita..
So..
Kena bersyukur yep..! gnakan peluang yang ada untuk benda y bermanfaat..insyaAllah..yukk,sama2 kita imarahkan hari edul adha yang mulia ini dgn baik..hayati kisah Nabi Ibrahim dgn Nabi Ismail dlu..moga ia dpt jd pengajaran utk kita utk menjadi yang lebih baik..mungkin ini blh jd penanda aras kita utk lebih meletakkan cinta tertinggi hanya pd Allah..bkn pd dunia,bkn keluarga,bukan harta,bukan wang ringgit,bukan dunia..tapi hanya kepada Dia, Allah Al-Ahad..tanya balik diri kita..siapa kita,apa y kita mahu di dunia ini..dan jawapannya,kena tnya iman..jom,renovate kembali hati yang terluka,hati yang mungkin terkotor dgn titik-titik hitam yang tnpa sengaja kita cemari..jom,perbaharui hati..ambil pengajaran bkn hanya pd zahirnya,tp pada makna yang terselit dengan sebuah pengorbanan seorang insane mulia..rasanya kita pn xkan sanggup nk berkorban hingga ke tahap itu,barangkali..jangan kita hanya bersenang2 dgn zahirnya eidul adha yang meriah disambut,tapi ambil makna yang terselit di sebalik kisahnya.jangan hanya memilih dunia,tapi pilihlah jalan Dia yang kekal abadi..
Sebuah kisah yang mungkin dpt memberi sedikit peringatan buat kita,insan yang selalu lupa..Sayyidina Umar pernah bertanya kepada seorang lelaki,”kenapa bukak tingkap?”lelaki itu menjawab,”aku membukanya kerana utk mendapatkan angin dr luar yang segar”.kemuadian Sayyidina Umar berkata” alangkah indahnya andai engkau membuka tingkap itu utk mendengarkan azan. Pasti engkau akan mendapatkan kedua-duanya,satu utk dunia:angin yang segar dr luar,dan satu utk akhirat:niat utk mendengarkan azan.” Penjelasanya:bila kita hnya meniatkan sesuatu hanya kerana dunia,pasti kita hanya akan mendapatkan dunia..tp andai kita meniatkannya ikhlas utk akhirat,pasti kita akan mendapatkan keduanya.kita blh memilih antara keduanya.xsiapa yang tahu,yang tahu hnya diri kita senidiri dgn Allah Ar-Rahman.pilihlah mengikut suara hatimu,pasti akan ditemui jalanNya.pilihlah mengikut fitrah hatimu,pasti xtersesat mencari jalanNya.
kullu a’m wa antum bikhair..mhon maaf andai ad salah dan silap sepanjang perkenalan..
~Selamat hari raya eidul adha~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan