Selasa, 22 November 2011

sahabat,bacalah..moga rindumu terubat..

bismillah..
segala keagungan dan kebesaran hanya milik Dia.. Maha Suci Allah yang menciptakan langit tanpa tiang,alam semesta raya yang terbentang indah..Maha Suci Allah dengan segala KebesaranNya.. subhanallah...




Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati..

"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini.
"Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat mengadu," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.
Senyap. Ada tangis di situ.
"Kan bagus kalau ade di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.
"Bila dekat asyik nak gaduh," sana. Tergelak dalam sebak.
"Rindu sebenarnya," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.





tiba2 seorang sahabat PM, blh sy jadikan awak diari sy? terasa hidup kosong,tanpa makna.. rindu sgt bila dh jauh..

sahabat..
ukhwah itu lebih manis bila kita berjauhan..
ada rasa yang hadir di situ..rindu..
tapi rasa itu yang buat kita lebih dekat..
ada tali yang menyatukan kita..
tali Allah..
maka beruntunglah orang yang menjalinkan ukhwah kerana Allah.. ..
subhanallah
ada rasa sebak yang mengalir..

sahabat,
bila dekat,kita selalu gaduh2 kn..tergelak dlm sebak..
masa tu rasanya perit,tapi bila dah jauh,benda tu jd sesuatu yang sgt manis..
manis sgt..
rindu waktu tu..
sungguh,sy pn rindu..
xpe,ada Allah yang satukan kita dari jauh..
doakan satu sama lain..
itu penghubung kita..
ada terbaca..
"Allah mudah memakbulkan doa seorang sahabat utk sahabatnya yang lain tnpa pengetahuan sahabtnya itu.."
so,selitkan doa dlm sujudmu,sahabat..
sungguh,ukhwah itu indah..
jangan siakan erti perkataan "sahabat" tanpa ada niat suci itu..
'ukhwah biarlah kerana Allah'



ada lagi kata2 yang mungkin blh menyembuhkan hatimu,sahabat..
baca..hayati..

"sahabat,
walau sejauh mana kkta dicampakkan,
walau sehebat mana dugaan yang kita hadapi,
walau kita keseorangan dan kesunyian,
ingatlah pada yang sentiasa bersama-sama kita,
di waktu senang,susah,pahit,getir,
tapi kita sentiasa lupakan dia..
dia itu..
Allah Al-Ahad..
kita dah semakin dewasa,
perjalanan kita masih jauh..
jom sama2 kembali pada jalan Dia..
sang Pencipta kita..
jom sama2 hidup kerana Allah..
kerana akhirnya kita akan kembali kepadaNya..
sahabat..
~love u for Allah~

doa buatmu sahabat~
Ya Rabbi,aku titipkan rindu pada sahabatku,jadikan ia bidadari yang sentiasa menghembuskan nafas-nafas islamMu..jadikan dia wanita solehah yang selalu mendapat kasih sayangMu,jadikan dia muslimah yang sentiasa menjaga izzah addinMu,Ya Rahim..sayangilah,cintailah, ampunilah, berkahilah,dan masukkan dia ke dalam syurgaMu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan