Sabtu, 18 Februari 2012

jom raikan cinta..!! cinta sape? Allah..

bismillahi Allahu Akbar..
segala puji hanya milik Dia,Allah al-Ahad..




cinta~ satu rasa yang Allah campakkan dalam hati kita utk merasa..memberi dan menerima..



kata Hamka-cinta itu seperti titisan embun yang jatuh dari langit ke bumi.. jika tanah yang dijatuhinya itu gersang,maka yang akan terbangun darinya adalah perkara-perkara yang tercela..tapi jika tanah yang dijatuhinya itu subur,maka yang akan terbangun darinya itu adalah perkara yang mulia..
maksudnya? jika cinta itu tercampak ke dalam hati orang2 yang beriman,yang akan terbangun darinya adalah perkara2 mulia,iaitu mujahadah mencari cinta Dia,yang maha kuasa,dan cinta manusia yang tercampak kee dalam hati mereka pula akan subur bercambah dengan cinta suci yang berlandaskan cintaNya.. jika cinta itu tercampak ke dalam hati orang2 yang tidak menjadikan Allah sbg sandaran hidup mereka sepenuhnya,maka yang akan terbangun darinya adalah perkara yang tercela..perkara maksiat yang akan menyelimuti kehidupan mereka,bahkan cinta yang asalnya suci menjadi gelap gelita..itu hanya pendapat sy..mgkin ad bezanya dari org lain..namun fikirkan apa msg dari kata2 hamka trsebut..moga mampu memberi sebuah makna..



betapa kerdilnya kita~
bygkan..tubuh badan kita dengan seekor semut..kita yang besar..tapi bygkan pula diri kita dengan daerah tempat kita duduki skrg..siapa yang lagi besar..kemudian,angkat lagi pandangan kita kpd negara yang kita duduki skrg? siapa lagi besar..tentunya negara kita yang lagi besar,kn.. angkat lagii bayangan kita keluar dari bumi, mlihat kebesaran penciptaan Dia..dan di sana kita lihat bumi yang indah,yang menjadi temapt tinggal kita selama hidup kita..siapa yang lagi besar?tentunya bumi, yang menjadi tempat tggl seluruh anak adam,dari dulu hingga kini.. bawa lagi bayangan kita ke arah yang jauh lebih tggi..melihat alam semesta raya yang terbentang indah..bumi yang tadinya besar,semakin mengecil..apakah masih terlihat tubuh badan kita yang kecil di sana? tidak sama sekali..bawa lagi lebih tggi..kali ini,bersama bermilionan bintang2 yang di sana jauh lebih besar ciptaanNya.. subhanallah..kerdilnya kita..tapi kita,berjalan di atas muka bumi dengan penuh bongkak dan sombong.. lagsung x cuba meraih cinta..kita merasa diri kitalah yang paling besar..sedangkan kita tahu,bagaimana hakikatnya..Allahumma ya Allah,bimbing hati2 kami..





~siapa yang mampu merasa kerdilnya diri di tengah-tengah kebesaran Allah,dan mengalir air matanya,maka saat itu.dia mampu merasakan kelazatan cinta~





Rabiatul adawiah,seorang wanita sufi,selalu membawa bersamanya bejana air dan obor..lalu,ketika ditanyakan kpdnya kenapa dia membawa bejana air dan obor itu,dia menjawab.."kalaulah boleh,aku ingin menghapuskan api neraka dengan bejana air ini,biar manusia tak lagi meninggalkan dosa kerana takutkan api neraka,dan dengan obor ini aku ingin membakar syurga,biar manusia tak lagi beramal ibadah kerana nikmatnya syurga,tetapi beramal hanya kerana "حب" (cinta) Allah.. subhanallah.. bagaimana dengan kita selama hidup ini? Allahumma ya Allah..



kuasa cinta~
sebuah analogi yang pernah dibawa oleh seorang motivator- bayangkan ada sebatang papan yang panjang,dijadikan sebagai titi(jambatan).. bila ketinggiannya hanya separas meja,kita mampu menyahut cabaran,merentasinya dengan mudah..kerana? risikonya teramatlah kecil..kalau jatuh pun,apalah sangat..xmampu mencederakan.. bila ketinggiannya diangkat lagi setinggi bahu seorang dewasa,kita pun masih mampu menyeberang ke sebelah sana.kerana risikonya masih sgt kecil..tapi bila ketinggian itu di angkat setinggi rumah kita, keberanian mula tertapis..berbelah bahagi..kerana risiko yang bakal dihadapi agk tggi..tapi bila ketinggian itu diangkat lagi setinggi menara klcc..kkta sudah tak mampu menyeberanginya..terlalu banyak risiko yang terpaksa dihadapi..tapi apa yang berlaku bila di hujung seberang sana ada seseorang yang kita cintai.. sedang tersangkut dalam kebakaran yang membahayakan..maka,saat itu,kita mampu berbuat apa sahaja utk menyelamatkannya,walhal utk menyeberangi titian itu pun kita sanggup..ketika itu akan ada satu kuasa luar biasa yang memberanikan kita utk ke seberang sana walaupun risikonya sgt berbahaya.. itulah kuasa cinta.. so,putikkanlah cinta hanya kepadaNya..sbb? hanya cinta Allah cinta yang abadi..sedangkan cinta manusia datang dan pergi..sahabat fillah,utuhnya kuasa cinta,bila cinta yang dipertahankan adlh cinta yang kuasanya datang dari yang Maha Kekal Abadi..bila ada dugaan yang menguji iman kita, pasti kita mampu mengatasinya,kerana adanya kuasa cinta..


putikkanlah rasa cinta kita juga kepada ilmu..kerana ilmu yang akan membawa kita ke jalannya..ilmu yang bakal memimpin kita di tengah2 lautan manusia yang lebih banyak mencintai dunia.. ilmu itu cahaya,dan cahaya itu tidak menyuluh kepada orang yang berbuat maksiat..kerana itu tgglkanlah maksiat.. indahkan aturan Allah..ilmu itu bersih dan bercahaya,maka yang bersih dan bercahaya itu tidak akan memimpin manusia-manusia yang suka kpd maksiat..




sahabat fillah..terima kasih kerana hadiahkan cinta dalam bersahabat..yang mampu hadir ditengah duka,yang mampu hadir bersama riang bahagia..moga Allah balas kalian dengan cinta dan syurgaNya.. sayang kalian selamanya..










~ kadang,kita dah selalu berdoa,tapi kenapa Allah tetap tak makbulkan doa kita kita? jwpnnya,sbb Allah sygkan kita..Dia rindu utk mendengar tangisan kita dalam setiap doa yang kita panjatkan kepadaNya..lambat laun,pasti Dia akan kabulkan..malah ada special bonus lagi..Dia kabulkan doa kita bersama hikmah yang tak pernah di sangka.. tapi andai doa itu tetap tak termabul,berbahagialah..kerana Dia telah merancang takdir yang lebih baik utk kita,yang tak pernah kita jangka.. indahnya aturan kan..subhanallah..jom..kita sama2 mujahadah mencari cinta Dia..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan