Isnin, 27 Februari 2012

thanks for your love,Allah..

bismillah..segala puji-pujian hanya utk Dia..




bismillah..xtau mcm mna nk mula..hati yang sebak,jiwa yang sedang menahan rasa..mata yang sedang menahan titisan mutiara yang seakan ingin saling berlumba mengenal bumiNya,ingin cepat-cepat jatuh meresap ke bumi tandus para anbiya' penuh barokah..Allahumma ya Allah..bimbing hati hamba,ya Rahman.. =(


maddah yang sungguh susah hari ni..sgt2..sampaikan keseluruhan pelajaran bg maddah tu hari ni cm xfaham je..bkn hari ni je..sblum ni pun..xlama lg nk exam dah..bkn lama pn..kjap je lagi..pejam celik pejam celik,sampai waktunya..huhh..rasa cm nk nangis dalam kelas tu je..kalaulah mampu,kn..Allah,rasa diri cam xmampu,tapi fikiran dtg menjengah,'masih terlalu awal,nur..jgn mudah putus harapan..kau belajar ilmu Allah,di negeri para nabi-nabiNya..merasa susah itu adat orang yang menuntut ilmu.. diri yang perlu kuat,kalau dari awal lagi xmampu,Allah xkan takdirkan kau di sini,nur..jadilah seorang yang kuat,tabah.. kata nak jd orang yang berilmu,kata nak jadi orang yang berjuang di jalan Allah..juhudlah semaksima yang mampu..'


tadi sorang sahabat pun ada ckp,mcm nak nangis je sbb xfaham..doktor ckp laju sgt,susah nak tangkap laa..' see..nur,bkn kau sorang je yang rasa bnda tu,so,jangan merasa terkebelakang,jgn rasa rendah diri.. ketahuilah,orang lain juga sedang bersusah payah menghadapinya, duduklah bersama mereka, sahut cabaran itu sama-sama..tapi jgn merasa selesa wlupun org lain pn xfhm sama mcm kau,jgn pernah sekali-kali!! please..sgt2..


so,cuba ubat hati..dengan harapan,sahabat yang lain xmerasa sedih melihat diri bersedih, cuba ubat hati,supaya sahabat lain xsama-sama down mcm diri yang xberapa kuat ni.. cuba ubat hati lagi,kerana di fikiran ada satu rasa yang sedang memotivasi diri..'Allah ada bersama bersama-sama hambaNya..pasti Dia akan memberi bantuan,so,sabar,wahaii diri..'


tapi fitrah rasa seorang manusia barangkali..selalu x yakin sepenuhnya dengan diri,walaupun fikiran dihujani pelbagai motivasi..masih ingin bersedih...bila sorang2 balik dari kelas, rasa itu hadir lagi..hadir,dan hadir lagi..tahan rasa,teruskan berjalan..berjalan lagi dengan pandangan lesu ke tanah..hingga sampai waktunya hampir tiba ke destinati, pandangan diangkat lagi,walau lesu masih bertapa di sudut hati,yang mungkin turut terzahir di wajah saat ini..tiba-tiba,ada seseorang di depan mata..subhanallah,ada senyuman di wajahnya..sekadar utk menyapa seorang junior yang xpernah dikenali,barangkali..Allah..terima kasih Allah..



terima kasih lagi buatMu Allah..Kau hantarkan seseorang buat menasihati hati yang kesedihannya masih berbaki..akak,senyuman akak, Allah izinkan untuk hati saya merasa tenang dengannya..rasa terubat hati yang sedang tercalar dengan ujian Dia sebentar tadi..Allah..biarpun senyuman itu bukanlah apa-apa,Allah izinkan sesuatu di dalamnya,mungkin sedikit kekuatan,ketabahan dan keikhlasan akak di dalamnya..syukran kathir,kak..ucapan terima kasih pun xlayak dibandingkan dengan ketenangan yang ada di dalamnya,mungkin.. kerana itu,saya doakan moga Allah balas akak dengan syurgaNya kelak..hanya itu yang termampu dari saya..



thanks for your love,Allah...
kerana Engkau masih dahulukan ketenangan di hati hamba,walaupun hamba kerap mendahulukan keindahan dunia dariMu..
thanks for your love,Allah..
kerana Engkau masih dahulukan kebahagiaan hamba,walaupun hamba sering dahulukan diri hamba utk perkara dunia semata..
thanks for your love,Allah..
kerana Engkau datangkan secepatnya nasihat utk hamba,disaat hamba menangis,walaupun tangisan hamba sentiasa utk selain dariMu..
thanks for your love Allah,kerana Engkau sentiasa menjaga perasaan hamba,walaupun hakikatnya hamba sentiasa menyakiti dinMu..
thanks for your love Allah,kerana Engkau sentiasa mendekati hamba,walaupun hamba sentiasa menjauhiMu..
Thanks Allah for everything...
semua yang telah Engkau kurniakan buat hamba..
abah,ma,adik2 tersayang..sahabat-sahabat yang membawa hamba kpd jalanMu...
nikmat-nikmat yang selalu hamba perkecilkan..
bimbing hati hamba setelah Kau sedarkan kembali hamba..
moga hamba akan tetap teguh pd jalanMu selamanya..
thanks for everything,Allah..



belajarlah ikhlas utk setiap perkara,moga datang bantuan dari Dia..
~ikhlas ibarat susu,bagaimana susu terhasil?
=dari kotoran dan darah,banyak tapisan-tapisannya..begitulah ikhlas,banyak tapisannya,sebelum mampu membawa kita kpd ikhlas yang sebenarnya..juhudlah ke arah itu..hadirkan sebuah rasa di dalamnya..rasa ikhlas dengan setiap takdirNya..jom sama2 cuba..







~mula dari saat ni, mulakan hari dengan hati yang baru,nur.. hati yang mula berputik sinar cahaya iman di dalamnya..do the total action..!! Allahu yusahhil,insyaAllah..
la tahzan..Allah akan selalu ada..
=) hati yang makin tenang,insyaAllah.. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan