bismillahirrahmanirrahim..
teringin punya hati yang sejernih itu..teringin punya hati yang mampu memahami makna kehidupan..teringin punya hati yang bersih, sentiasa merindui cinta Sang Penciptanya...
lama xdapat nasihat dari Dia.. lama terasa sepi dari teguran Dia..
lalu dialog bergema di hati.. 'Allah,terasa ingin sentuhan nasihat kasih sayang dariMu..'
tak lama slps meminta,terus Dia bagi..
bukan berbentuk nasihat yang wadhih lagi jelas,tapi berbentuk ujian..
haluskan cara Dia..? subhanallah..
secara tiba2 datang terlalu banyak ujian..
semua menimpa-nimpa atas kepala,hingga tercetus rasa xmampu mendepaninya..
sangat..
raungan jiwa ternyata berat menghadapinya,tapi hati yang paling dalam terus menyapa... 'ini nasihat yang kau dambakan dari Dia..berbahagialah,kerana Dia mendengarkan doamu..lantas diberiNya ujian utkmu..'
Allah..terkedu seketika.. akal ligat berfikir, kenapa? ohh..rupanya ini sentuhan kasih sayangNya, diberi bukan berbentuk nasihat secara terus,tp dilembutkan lagi nasihat itu dengan ujian dunia..
ada lagi bonus.. berupa hikmah yang terindah..
begini rupanya Dia meluahkan kasih sayangNya pada kita..
subhanallah..terasa diri teramat kecil..
sekecil bintang yang direnungi dari jauh setiap malam,kecilnya di pandangan mata kita, hingga ada yang tak mampu terlihat oleh pancaindera biasa..
dibandingkan pula dengan keluasan malam seluruh dunia..
tambah lagi dengan alam semesta raya yang luas terbentang, dan semua ciptaan agung Allah yang lainnya..
kecilnya diri..
Allah..
detik demi detik, mata mengeluarkan titis demi titis mutiara yang selama ini kukuh tersimpan.. berderai jatuh..
tapi hati masih tetap mampu tersenyum,kerana..?cuba jadi hamba yang setia,cuba jadi hamba yang mensyukuri dan menghargai nikmatNya..
kerana diri yang sudah meminta, terimalah seadanya..
Dia beri kerana Dia sayang hambaNya..
cuba,cuba dan cuba..
menjadi insan sederhana di mata manusia, tapi hebat di mata Tuhannya..
cuba lagi..
menjadi hamba yang mampu menerima seikhlasnya..
tapi nasib baik..sbb..
di kala ujian yang terus-terusan menyapa,
hati pernah meminta lagi.. agar diberinya penguat semangat penghibur lara..
mintak masa tengah menangis sorang-sorang,harap agar dia yang Allah izinkan utk jadi wasilah itu datang tepat waktunya, di kala itu juga..
tapi diri letih menunggu..
akhirnya kecewa dengan permintaan hati..
tapi ternyata hati salah menduga apa yang terbaik dariNya..
esoknya,tanpa di sangka2.. ada yang datang memberi penguat semangat di jiwa..
bukan sorang dua, tapi ramai..
Allah..
rupanya Dia nak hati yang x kuat ni berfikir dulu sendirian..
melatih hati dan fikiran untuk menjadi manusia matang..
setelah itu,baru diberinya sahabat2 yang menjadi peneman..
yang diminta cukuplah seorang..tapi lihatlah kurniaan hikmahnya yang indah..
diberi seramai mana yang mungkin..biar hati yang gusar jadi tenang..
terima kasih Allah..
benar, jauh perjalanan seorang hamba menuju redha TuhanNya..
berliku-liku..
kata syair arab: engkau mengharapkan kejayaan tapi xmelalui jalannya,sesungguhnya kapal xkan belayar di atas daratan..
maksudnya: kalau kita mengharapkan kejayaan tapi xmelalui jalannya, kita pasti xkan berjaya.. seperti yang di tasybihkan syair di atas.. kapal pasti xkan belayar atas daratan..
so, kalau nk berjaya dunia akhirat, perlu ikut jalannya..
jalan apa...?
jalan Allah..
memang susah,payah,perit... tapi itu lumrah hidup..andai xada dugaan dan cabaran, xkan adanya manis kehidupan..
nak gapai redhaNya perlukan usaha lebih.
nak gapai cintaNya perlu ada cinta yang lebih..
terus terang..
jeles tgk gambar kat atas..
air yang tenang dan jernih..ikan di dasar laut pun mampu di jejak.. apalagi pepasir-pepasir halus di muka air..
benarlah.. nk jumpa permukaan pantai yang jernih, saksikanlah..
gelombang laut yang besar membawa mereka ke sana.. mulus,suci,bersih setelah di basuh dengan kekuatan ombak di tengah laut sana..
hati yang jernih,tenang,suci,indah...
jom,sama2 dapatkannya,sahabat..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan