Jumaat, 11 Mei 2012

Kerana Dengan Cara Ini Allah Mencintaimu..^_^

bismillah..
(sebuah catatan karya dari i luv islam..blh buka,baca dan hayati..)
Kerana Dengan Cara Ini Allah Mencintaimu | iluvislam.com discover the beauty of islam

kerana dengan cara ini Allah mencintaimu..
kerana itu,tetaplah tersenyum bila Allah memilihmu untuk diuji..
biar ujian itu sesusah mana, ingat lah para rasul terdahulu sebagai penguat semangatmu..
wahai diri, bila mana merasa dirimu yang diuji dengan kehebatan, ingat, nabi sulaiman diuji dengan kehebatannya jauh lebih parah darimu..
wahai hati, bila mana merasa kecantikanmu menjadi satu ujian buatmu, ingatlah nabi yusof yang diuji jauh lebih hebat darimu..
nafsi, bila mana terasa kesakitanmu menjadi ujian yang tertanggung lagi, ingatlah nabi ayub yang sakitnya jauh lebih kritikal berbandingmu..
dan bila mana terasa semuanya sgt menyulitkan bagi hidupmu,ingatlah nabi kita, Rasulullah saw yang xpernah lekang dari ujian hidupnya..
tapi mereka semua tetap memilih utk tetap bersyukur kepada Allah, sang Maha Mengetahui..
tapi mereka tetap memilih untuk menjadikan Allah cinta teragung buat mereka,
hingga x ada lagi yang mampu menandingi tempat tertinggi Allah dalam hati mereka..
kerana mereka juga yakin,
dengan cara ini Allah mencintai mereka..


kerana itu, tetaplah bersyukur sekalipun merasa diri x kuat berdiri teguh lagi..
kerana itu, tetaplah tesenyum sekalipun merasakan diri xmampu melihat cahaya lagi..
bila diri xmampu teguh berdiri ketika mana ujian Allah datang kepadamu,
apa bezanya dirimu dengan mereka di luar sana?
apa beza dirimu dengan mereka yang jauh tersadai dengan nikmat dunia di luar sana?
mereka lagi perlukan bantuanmu nanti..
mereka lagi perlukan bimbingan orang sepertimu yang sedang belajar memahami hakikat kehidupan saat ini..
mereka lagi menanti kehadiran orang yang mampu bantu mereka nanti..
mereka sedang menanti..
jangan jatuh, walau langkahmu tersadung dek batu-batu keras yang menghalangi..
jangan berhenti, walau kakimu terluka dengan tusukan duri..
jangan berpaling, walau kenangan silam yang memburuk tetap menapak di hati..
tetaplah berjalan, dan cari hatimu yang baru..
hati yang jernih,umpama gelas kaca yang kosong..
yang jernih, tapi sentiasa mampu menerima semuanya dengan senang hati..
cantik, dan sentiasa dipandang indah oleh mata mata yang mengharapkan kasih Illahi..
dijaga sedaya mungkin, kerana tahu, hati itu mudah pecah dengan usikan syaitan yang selalu memperdaya hati..
tapi teguh, bila tempat simpanannya terjaga rapi..
berjalan lagi, hingga lengkap islam dan imanmu di hati..
kemudian carilah lagi..
ehsan..
yakni buah dari islam dan iman yang telah temui,
yang dengannya, dimana pun keberadaanmu, hatimu tetap mampu merasa kekuasaan Illahi..
jangan berhenti, tetaplah berjalan lagi, hingga mampu kau temui satu rasa.
i.k.h.l.a.s...
yang dibaratkan seperti susu, yang terhasil dari kotoran dan darah..
banyak tapisannya, tapi  pengakhirannya tetap menberi khasiat yang tiada tandingnya..


tetaplah berfikir, tetaplah tersenyum, tetaplah bersyukur..
nikmatilah ujian semampumu..
kerana dengan cara ini Dia mencintaimu..


jazakillah sahabat-sahabat fillah, keberadaanmu di hati ini, membuat diri sentiasa mampu berfikir tentang kuasa Illahi.. keberadaanmu di hati ini membuat hati semakin tenang, semakin mampu menerima setiap takdir dari Dia, Sang Pencinta Hakiki..teringin jadi sahabat sepertimu, yang mampu membawa sahabatnya mengkaji agungnya kuasa Allah, meneliti indahnya kisah Rasulullah.. jom, bangun bersama, sahabat.. moga berjiran di syurga nanti..ameen..




kerana Allah tetap mencintaimu..
kerana dengan cara ini Allah mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan