Khamis, 5 Julai 2012

belajar macam2~

bismillah..
sedikit perkongsian dari kalam Allah, biarpun xberkaitan..

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad)tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi perintah(Ku) dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"
al-baqarah:186


Berada jauh di sini, buat hati jadi tegar. Menerima semua yang mendatang dengan hati yang terbuka. Belajar menjadi tegar. Belajar jadi tabah.

Betul.. sikit pun tak tipu. Banyak perkara baru yang kadang perlukan penerimaan secara cepat,  Bukan kadang, tapi selalu..
dengan masa, perlu kejar, walau kita letih dan rasa diri tak mampu
sesama manusia, belajar tolak ansur, belajar rasa 'tak pe' kalaupun diri kita yang harus jd orang yang sedikit berkorban, belajar tolak ansur, belajar ithar, belajar terima sikap orang lain, yang sama-sama musafir
pernah dengar kata-kata orang berilmu, 


'untuk mengenali seseorang, kenalilah ketika dia sedang bermusafir'


mungkin kerana kesusahan bermusafir itu yang buat setiap orang jadi diri sendiri,
musafir itu dipenuhi dengan rasa susah dan teruji..
Sering sahaja rasa terpukul, tapi waktu yang singkat mendidik hati untuk mudah belajar.

Menerima, tapi tak merungut..
menerima, dengan syarat ikhlas..
Mencari, dengan bersungguh..
nak doa, kena sungguh-sungguh..


belajar.. menerima semua sifat orang sekeliling. sangat susah, tapi harus..
cari ilmu..dengan sungguh-sungguh, sebab orang kampung tengah tunggu ilmu kita.. besar tanggungjawab itu,
tergalas tanggungjawab atas bahu, walau susah, walau terbeban, wajib..
doa..kena ikhlas, mintak apa yang terbaik,pada pandangan Dia, yang pastinya..
mendatang, ade je rezeki dari Dia yang tak disangka.. yang pasti, bila fikir balik,
 'oh, ini rupanya yang terbaik pada pandanganNya..'
berkat musafir, barangkali.. Allahumma ameen..
alhamdulillah..

belajar lagi.. sabar~
sabar tahan rasa rindu yang menggunung untuk keluarga.
sabar tahan rasa rindu yang memuncak nak balik rumah, jumpa kawan-kawan..
tapi itu sebenarnya yang mendidik hati..
rupanya belajar sabar itu boleh mendidik hati yangbergantung pada Allah..
rupanya sabar itu mendidik hati menyerah kebajikan orang yang kita sayang dalam jagaan Allah, kerana Dia sebaik-baik pelindung..

satu yang paling utama.. yakin dengan Allah, Dia yang Maha Pelindung, Dia yang Maha Menjaga.. Dia yang Maha Segalanya

            Teringat satu kisah, yang dikongsi seorang penulis terkenal tentang Aurangzeb, yang namanya sengaja dihitamkan oleh sejarah , seorang pemerintah sufi yang kuat beribadah dan tak teragak-agak mengangkat senjata bila keadaan memerlukan. Ketika peperangan meletus antara tentera islam Dinasti Mogul dengan pemberontak dalam negara India, yang pada ketika itu, tentera Islam hampir kalah kerana pihak pemberontak menggunakan sihir dalam peperangan. Mereka menukar senjata orang islam menjadi benda-benda lain, hingga umat Islam terasa lemah.. tapi Aurangzeb tak pernah goyah dari keyakinannya terhadap pertolongan Allah. dia mengumpulkan semua tentera islam dan pada setiap senjata yang akan di bawa bertempur ada sehelai lipatan kain yang bertulis, yang tulisannya dirahsiakan, sehingga tamat peperangan..dengan pesanan agar mereka mestilah bertaqwa dan yakin dengan bantuan dan pertolongan Allah serta jangan gentar dengan sihir-sihir pihak lawan, kerana lipatan kain yang bertulis itu akan menjadi pelindung . Maka tentera islam bertempur dengan penuh rasa tawakkal, dan setelah selesai berperang, mereka membuka lipatan kain bertulis itu. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati bahasa tulisan pada kain itu hanya 'BISMILLAH'.. Allah, tersentap rasa hati dengan sejarah yang satu ini. Keyakinan yang tetap bertunjang teguh dengan pertolongan Allah kepada hamba yang yakin..

ambil iktibar, belajar lagi..
wallahua'lam







Tiada ulasan:

Catat Ulasan