Selasa, 31 Julai 2012

ramadhan berbaki di bumi syam~

bismillahirrahmanirrahim..
salam ramadhan^_^


        Beberapa ramadhan lagi berbaki utk ambik peluang berterawih di sini. hmm..mcm comel je.. dekat2 isya', jujuk pakat beratur ramai-ramai, ikut muraqqib(peneman) nk g terawih.. mcm budak kecik.. pergi berhantar, balik berhantar..hmmm, tu lah kalau dah duduk merantau ni, kena saling menjaga.. tapi jgn slh faham.. bukan sorang sama sorang ea..tp dua org syabab dengan ahli dua buah rumah akhowat, ramai tu..alhamdulillah, syabab-syabab x keberatan nak tlg muraqqibkan akhowat-akhowat mereka, walau ada imtihan, walau ade kerja, tanggunggjawab tetap terlaksana.. alhamdulillah, tumma alhamdulillah..kami rasa selamat, smoga Allah balas jasa kalian setiap hari tu dgn syurgaNya..


        Ramadhan yang masih berbaki ini yang akan dirindu nanti, pasti! tapi xpe, nanti kan datang balik sini. Mereka unik, Quran sudah di dada..Imam terawih, walau baca xpanjang sgt, tapi tetap pilih ayat yang seringkali menyentuh jiwa.. Makmum wanita, walau xlarat berdiri, tetap datang bawa kerusi...usahakan juga terawih bersama.. Kanak-kanak usia 'budak tadika malaysia', ramai y sudah ikut bersama.. comel, dan pastinya sudah igt surah2 pendek..mcm mana tau? time imam baca surah pendek, diorang baca kuat skali ngn imam..hmm, nama pn budak,kan..

         Ramadhan berbaki di sini, terpaksa lupakan 'nak balik malaysia dulu' yang xlama lagi ni.. sebab hari-hari kena mengadap buku nahu.. imtihan nihae nahu yang masih berbaki saat ini.. hmm..mengadap la buku nahu sampai muak..^_^ .. nanti kalau dah habis imtihan nihae baru blh fikir semua. tapi kejap je nak fikir, boleh? ^_^
====> tak sabar nak balik tolong ma abah.. hmmm, tunggu kak long balik,ok.. nanti kak long bantu apa yang termampu.. :)        

           Kembali pd buku nahu.. hari-hari mengadap dye je. sape sruh amik bahasa? tanggung la sendiri..
p/s ~ kena syukur, Allah dah bg peluang tu, guna baik-baik..orang lain kt kampung nanti perlukan ilmu tu, adik-adik nanti perlukan ilmu tu..jgn nak ngelat ea.. tanggungjawab itu terpikul kemas di bahumu.. bertanggungjawablah kpd amanah yang Allah bg tu, nanti dipertanggungjawabkan depan Allah nak jawab apa?= ='

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


            Alhamdulillah, dah habis exam last, cuma tunggu nak balik je lagi.. hmm, kalau masa2 mcm ni biasanya, dah sibuk tolong ma kt dapur, sibuk tolong itu ini.. sampai kadang tu, tadarus kemana, kita ke mana.. ma n abah yang sibuk tu pun mmpu khatamkan al-Quran dlm tempoh sebulan puasa, kita y sekolah agama ni, 2/3 pn xsmpai.. sibuk apa ntah..tapi alhamdulillah, thn ni, tadarus mndahului puasa.. alhamdulillah.. insyaAllah, nk hbiskan awal thn ni..

~perubahan kpd yang lebih baik tu perlu, kn~

            Takut sebenarnya nak balik, orang kampung pasti igt ilmu kita dah banyak.. kan belajar kat luar..
hmm.. 'pak cik, mak cik.. jgn respect lebih! ' tapi mmg kena tuntut ilmu sebanyak mgkin pn, tu tanggungjawab diri, sbg anak muda yang bakal jadi rujukan pada pakcik makcik nanti.. huu, takut~
Allahu mustaa'n ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan