Sabtu, 9 Februari 2013

ubati hati itu..

bismillah..
segala puji hanya milik Allah..



"ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwuduklah.. ketika tangan ini letih menggapai cita-cita,maka berdoalah.. ketika bahu tak kuasa memikul amanah,maka bersujudlah.. ikhlaskan semuanya dan dekatlah Allah s.w.t.. agar tunduk disaat yang lain angkuh.. agar teguh disaat yang lain runtuh.. agar tegar disaat yang lain terlempar.. agar tenang disaat yang lain risau memikirkannya :')"



sem baru bermula. hati, apa kata? sekadarnya sahaja.

semangat berputik, berbunga, berbuah dan meranum. itu untuk belajar. untuk sepenuh masa sebagai hamba kepada Pencipta? belum. 
berputik, juga terkadang berbunga, tp belum sampai tahap berbuah, apalagi ranum ditangkai hati, di dahan iman. 


sem baru kali ini mecabar iman, menduga kesabaran.

teguhlah disaat yang lain runtuh, tegarlah saat yang lain terlempar.tunduklah saat yang lain angkuh. tenanglah saat yang lain risau mengeluh.

apa kata hati,sebenarnya? menunggu buah iman yang xkunjung datang, dek kerana usaha yang berkurangan?


sedarlah. hati yang kosong itu perlu ubat.


andai langsung tiada usaha mengubat, pasti merebak ke dahan lain yang sudah semakin merapuh.

diri.. hati yang kosong itu perlu ubat,biar segera kukuh. tegar. agar tiada peluang syaitan durjana datang menyelinap.itu, al-Quran tafsir di hujung mejamu, jangan sekadar ditatap, tapi baca dengan hati yang penuh mengharap. yang menciptanya itu TUHAN. Maha Kaya. Maha Tahu apa yang selayaknya untukmu. Maha Dengar tentang suara hatimu. Maha Baik dalam merancang takdirmu. jadi,DIA pasti tahu hatimu. 


'ibu,ayah.. hati anakmu sedikit tenat. terlalu memandang dunia dan segala isinya, barangkali.

adik-adik.. kakakmu ini kurang layak dibuat pembangkit semangat. terlalu banyak titik hitam dari cahayaNya, mungkin.
sahabat.. temanmu ini tak layak dibuat peneman setia, dek kerana diri yang lebih hina, langsung tak sempurna.'


tapi demi mereka aku aku ke sini. kerana mereka aku berjuang bertahan selama ini.

ini bumi bertuah. bumi para nabi. selayaknya jika hati sering diuji sebegini. 
hatimu yang tenat terluka kerana mengagungkan dunia itu masih mampu sembuh.
titik hitam yang menutupi hatimu itu boleh diganti dengan cahaya.
diri yang hina dan xsempurna mampu berubah.
asal tujuan mujahadah itu kena pada tempatnya. tersebar pada salurannya.


ini titik mula perjuangan. insyaAllah masih akan mampu menoleh kiri dan kanan. untuk siapa yang masih mengharapkan bantuan dari insan ini yang juga masih perlukan pertolongan.

sem baru bermula. jalan mujahadah juga terbuka. mohon tutuplah semua pintu 'leka'.
ilmu ini untuk mereka, yang menunggu ilmu dari anak muda sepertimu. yang menyanjung tinggi ijazah kelahiran bumi para nabi. jadi, apakah sanggup biarkan mereka mengharap dengan penuh pasti, tapi hasilnya entah ke mana? tidak sesekali!  




tiba-tiba terdengar suara azan isya' bergema..

'syabab melayu',hati berbisik..lama kehilangan azan semerdu ini..
hati beransur tenang, mendengar kalimah suci dialunkan.
titisan jernih menitis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan