bismillah..
subhanallah, alhamdulillah, Allahu akbar. untaian secebis rasa syukur buat yang Maha Tahu tentang semua. yang membolak-balikkan hati manusia. yang mengurniakan apa sahaja buat hamba, paling tepat pada waktunya.
sahabat,
Allah takkan biarkan hambanya menangis. menangis kerana tiada sebab apa-apa. melainkan ada nasihat tersembunyi di baliknya. untuk hamba yang berfikir, pasti akan rasa itu semua. untuk hamba yang besyukur dengan apa yang ada, pasti iman yang secubit bertambal sejengkal,sedepa dan mungkin sebanyak-banyaknya. itu semua rahsia Dia. tersingkap bila? bila waktunya sesuai untuk kita. Allah itu penuh kasih sayang.
tadi terjadi takdirnya. alhamdulillah. semua memang bukan tentang aku. tapi terkadang kita salah menilai peribadi orang. terkadang pula kita tersalah mentafsir wajah suci seseorang yang lain. yang kita kira jahat mengalahkan gangster, kadang itu yang ternyata jauh lebih baik dari diri kita.
pulang dari kuliah, bas sudah menanti. dan aku memilih tempat duduk yang cukup untuk seorang. rasa ingin berfikir. rasa ingin muhasabah atas semua cerita yang kudengar tadi. naifnya hamba Allah ini, hingga semua yang terjadi di celah-celah kesibukan semua orang, langsung aku tak terima berita. langsung tidak cakna. begitukah maksudnya? rasanya sudah selalu keluar bergaul, bercanda. tapi adakah yang masih tertinggal, masih tidak betegur sapa. mungkin ya.
baru sebentar rasa hati semakin tidak terjaga, iman semakin berkurang tingkatnya, syaitan sudah mendabik dada. lalu Allah beritahu kejadian ini dan itu, yang telah terjadi di masa lalu antara mereka-mereka itu. yang langsung tak tersangka. mereka di sini, mereka di sana, mereka yang sudah menjauh sana, dan mereka-mereka yang lagi menjauh di sana. ramainya. ramainya mereka. kenapa begini siswa siswi negara tercinta? yang pulangnya kita nanti untuk mendidik anak bangsa? aku yang menyesali perbuatan mereka. ramai lagikah yang peduli? ramai lagikah yang sudah cakna? dan paling penting ramaikah yang cuba banteras mereka-mereka? adik kakak, begitu banyak cerita, masih tak mampukah kita ambil iktibar dari cerita mereka?
alhamdulillah, tadi juga sahabatku terluah secara tidak sengaja. sakit hatinya dia melihat mereka. sedihnya dia melihat mereka. tapi akhirnya apa? di akhirnya, cerita cinta mereka berakhir dengan jodoh yang telah Allah tetapkan. jodoh itu kuasa Dia. kita siapa ingin meneka-neka? hingga begitu ramai yang terlena kerananya. bercinta entah dengan siapa-siapa, tapi akhirnya, kita dengan siapa? jodoh yang Allah tetapkan untuk kita. kadang hanya depan mata. kadang dialah yang sebelumnya menjadi perantara.
Allah. terasa insaf seketika. malunya dengan Dia. kerana hati terkadang naik turun imannya. kerana hati kadang mudah kagum dengan kelebihan manusia. mudahnya manusia. mudah benar tergoda dengan pujuk rayu sang syaitan durjana. mudahnya jatuh bila nafsu sudah menyintai dunia beserta isinya.Allah, pelihara hati hamba, adik-adik kesayangan hamba, sahabat-sahabat sejati hamba. moga hati tak mudah tergoda dek tipu daya dunia. moga hati kami terus thabat dalam mendamba cinta yang maha Esa. pelihara kami dengan kasih-sayangmu Allah. pelihara kami dan setiap anak cucu adam yang masih tersisa. pelihara kami dari setiap inci sudut dunia yang membawa bahang neraka. kami takut.
rindu seorang sahabat a.k.a teman seperjuangan. kerana cinta dimatanya hanya cinta yang Esa. cinta dunia hanya sampah semata. cinta Allah, cinta rasul, cinta ibu bapa, cinta keluarga, cinta sahabat, itu yang terutama di matanya. bukan cinta yang bersandar kepada dunia semata. kalaupun ada, hanya cinta seorang manusia yang terlebih dulu mncintai rabbnya. itu prinsipnya. hingga dia berrjaya tidak memandang cinta dunia. sahabat. aku di sini hanya berseorangan.tak mampu mengajak mereka. tak mampu melawan mereka. jauh lagi mendidik jiwa dan hati-hati mereka. sudah kucuba, tapi pergaduhan pengakhirannya. sungguh hati ini sering gundah gulana. sudah biasakah itu bagi mereka.entah. belum kujumpa jawapan untuk itu.
tapi dengarkan sahabat. aku rindu cinta dan kasih sayangmu. yang selalu buat aku kuat. bukan itu sahaja. aku masih igt, suatu ketika, aku takut,yang teramat. guruh dan kilat berdentuman,berlumba-lumba siapa cepat. malam hitam pekat, tanpa cahaya. tanpa apa-apa sinar. dan kau memelukku erat. langsung tak lepas, dan kau berkata-kata semangat, langsung tak menjauh. dan sesudah cahaya kembali seperti biasa, aku lihat wajahmu merah-merah, tanganmu merah-merah. aku ma'ruf, nyamuk mmg suka dengan darah manismu yang hangat.tapi kerana pelukan ketakutanku yang teramat kemas dan erat, kau tak dapat bergerak. itupun kau masih rela. itupun kau masih senyum gembira, kerana aku sudah kembali seperti biasa. aku rindu.. demi Allah rindu yang teramat. sahabat, doakan semoga aku kuat. aku menegah, tapi terkadang aku terfikir kembali, akukah yang kolot tanpa bergerak seiring masa yang berlalu pantas. aku rasa terasing.aku rasa... hmm.. entah. yang pasti, aku tak kuat, sekuatmu sahabat. semoga Allah sentiasa memberkatimu apa pun jua yang kau perjuangkan. kerana aku tahu isi hatimu. aku tahu tujuanmu. aku tahu kecintaanmu. Allahu yubarik fik.. salam sayang kerana Allah.
jika benar cinta, pasti ingin bersama ke syurga. apa-apa yang yang membawa ke neraka, itu bukan cinta.
-secebis kata seorang teman-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan