Khamis, 21 November 2013

kerana aku rindu.

bismillah.

jika merasa sedih, pandanglah ke langit. saat itu kau akan sedar bahawa Allah akan selalu ada untukmu.

bayu malam, sampaikan dariku rindu.
bulan cerah, titipkan dariku sayang.
bintang bersinar, pancarkan dariku cinta.
angin dingin malam, bawa bersamamu doaku.

mereka sedang berjuang.
ma dan abah, aku tahu, mereka dengan perit jerih kesusahan.
abang ngah dengan lambak timbunan assignment dan kesusahan yang menekan.
abang chik yang perjuangan SPM. dan itu aku pasti, dia begitu tertekan.
kak teh dengan bakal result PMRnya. pasti seringkali mengganggu fikiran.
kak yah yang tetap terus kuat, walau sedikit jauh terpisah ke pahang.
adik ain. adik bijak, sedikit nakal tetapi seringkali menjadi hiburan.
ma.abah.adik-adik.

sampaikan rindu ini pada mereka. mereka sedang berjuang. mustahil si 'nur' ini tak mampu kekal dalam barisan, tampil sebagai pejuang. perjuangan di medan ilmu yang luas di tanah tandus syam. terus gagah menjadi musafir, terus dahaga melihat kelopak wadi ilmu yang alirkan air manis yang tidak berhabisan.

Allah selalu ada untukmu. tapi jangan jadikan Dia pilihan terakhir bila kau tak punya sesiapa untuk mengadu kesedihan. itu bukan namanya bertuhan.

 Dia pasti kan selalu ada, mendakap hati-hati yang selalu rindu dengan yang punya kasih sayang yang berlautan.

 Dia kan selalu ada, turun ke langit dunia mendengar doa dan rintihanmu di dua pertiga malam, tapi dengan syarat.. kau harus bangun menyahut panggilan kasih sayangnya tanpa sedikitpun rungutan.

Dia sentiasa ada, bahkan penuh dengan kasih sayang. cuma saat kau menjauh tanpa berfikir panjang, kau lupa bahawa Dia yang sentiasa penuh cinta itu menyayangimu melebihi segala yang kau cintakan.

oleh itu, dengan kesemua mereka yang kau rindukan, bukankah itu juga bermakna kau rindu dengan kasih sayang Tuhan?

Allah kan selalu ada. bahkan Dia sentiasa mendengar doamu, sayang.

sampaikan rindu ini pada mereka. kerana aku rindu.




_terasa hangat bila baju sejuk yang ma abah beli kemas tersarung di badan. rasa juga hangat kasih sayang mereka yang tiada sempadan. dan air hangat terasa laju tumpah, bertitikan_

keranaakurindu. dantanganharusmenulis, melampiaskanrasadimatakeyboard,biartercatatpadahelaiankertasbayanganini. biarberkurangrasabebandibahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan