Isnin, 29 April 2013

sayang biar berpada

bismillah.

~Acap kali sesuatu yang kita CINTA, menjadi sebab ujian daripada ALLAH,
Justeru, CINTAILAH sesuatu berpada-pada...
apabila ALLAH uji kita dengannya, kita tak TERLALU MENDERITA~


cinta itu bukan sekadar cinta manusia. bahkan cinta kepada semua. acap kali orang berbicara tentang c.i.n.t.a. tapi pasti fokusnya hanya ke arah itu. ah, kecilnya mindsetmu sahabat!


contoh lain.seperti aku, cinta terhadap bola jaring. hingga sanggup berkorban waktu, masa bersama teman serumah, hilang kudrat diri sendiri, dan sebagainya. bermain seperti yang entah apa-apa. kerana minat yang tinggi, hingga sanggup bersakit tangan,mgkin patah, atau terseliuh dan entah apa lagi. tapi akhirnya, tak dapat berjuang pun untuk pasukan. berpenat lelah, tapi akhirnya, tak ke mana-mana. 


sayang terhadap sesuatu itu biarlah berpada-pada, hingga bila tiba waktunya Allah uji kita dengannya, kita tidak merasa terlalu menderita.


rasa tersisih dari pasukan yang kita sayang, itu sesungguhnya bagian dari rasa kecewa. kerana kita sedayanya berusaha yang terbaik. tak mampu bersama-sama mempertahankan pihak yang kita sayang sepenuh rasa, itu bahkan menyebabkan kawalan emosi tersasar menjauh dari paksinya.


sayang terhadap sesuatu itu biarlah berpada-pada, hingga bila tiba waktunya Allah uji kita dengannya, kita tidak merasa terlalu menderita. biar tidak terlalu bersedih dan kecewa. 


banyak lagi contoh lain di sekitar kita. kadang kita tak tersedar kerana terlalu banyak benda yang kita sayang, akhirnya Allah uji kita dengannya, dan kita menderita semahunya. sayanglah sekadarnya sahaja.


misalnya lagi, bersahabat.kita rasa terlalu sayang akan kawan baik kita, kawan serumah kita. yang kononnya dialah teman sejati satu-satunya,yang  tiada lagi sahabat terbaik selain dia. hingga bila tiba waktunya, dia ingin berpindah rumah, atau beralih, menjauh dari kita. dan saat itu, kita akan merasa teruknya kecewa. 


sayang terhadap sesuatu itu biarlah berpada-pada, hingga bila tiba waktunya Allah uji kita dengannya, kita tidak merasa terlalu menderita. biar tidak terlalu bersedih dan kecewa.


 ingin bersahabat biarlah ada paksinya. bersahabat kerana Allah yang satu. tidak terlalu melebihkan dia dalam semua perkara.tidak terlalu menyayanginya, hingga yang lain terabai. bersahabatkan harus ramai. kasih sayang untuk semuanya biarlah sama rata.yang pasti, biarlah kerana Allah yag Maha Kaya.



:: maaf, tulisan yang entah apa-apa. sekadar melepaskan keluhan yang rasa berserabut di jiwa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan